Kursus
Kursus Penulisan yang Wow!

Kursus Penulisan yang Wow!

“Menarik!” Itu antara komen positif yang diberikan oleh salah seorang peserta Kursus Wow Dalam Penulisan (Penulisan Berkesan) khusus untuk Bahagian Penerbit Dasar Negara (BPDN), Jabatan Penerangan Malaysia bermula 18 hingga 19 Ogos 2020 yang lalu di bilik latihan MPI, Cyberjaya.

Kursus kedua anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN), Jabatan Penerangan Malaysia.setelah kursus pertama bertajuk Penulisan Teks Ucapan mendapat maklum balas positif dari peserta kursus yang sama terdiri daripada Pengarah, Penolong Pengarah & Pegawai Penerangan.

Rata-rata peserta yang ditemui pada akhir kursus berpendapat kursus sebegini perlu diadakan lagi pada masa akan datang supaya lebih banyak ilmu tentang penulisan dapat diterapkan bagi menghasilkan ‘output’ yang lebih menarik.

Mengulas tentang Wow penulisan itu sendiri, Pegawai Penerangan, Puan Nor Idahyah Ismail berkata, beliau kurang pengetahuan tentang elemen Wow dalam penulisan sebelum mengikuti kursus tersebut.

Bagaimanapun selepas dua hari melibatkan diri, ianya sedikit sebanyak dapat memperbaiki mutu penulisan artikel untuk disiarkan dalam majalah oleh kerana semua yang terlibat dalam kursus ini adalah daripada bahagian penerbitan.

 “Kursus seperti ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang supaya dapat membantu meningkatkan pengetahuan untuk menghasilkan kerja yang lebih baik terutamanya melibatkan tugasan penghasilan artikel”, katanya lagi.

Sementara itu, Penolong Pengarah, Puan Ros Nazirah Mohd Daud berkata, kursus ini merupakan peluang keemasan buatnya di mana ia merupakan ‘refreshment’ tentang asas- asas dalam penulisan.

“Saya rasa sangat bertuah diberi peluang kali kedua oleh pihak jabatan kerana kursus ini penuh dengan info yang berguna dan bermanfaat di samping penceramah yang sangat berpengalaman” katanya lagi.

Seramai 13 peserta telah menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Encik Mohd Faizal bin Zakaria, Mantan Editor Prosesan KOSMO!. yang juga merupakan penerima Hadiah Kajai tahun 2004.

Demi menjaga keselamatan dan kesihatan peserta, pihak MPI masih mengekalkan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar selama dua hari mengikuti kursus:

Rutin biasa: SOP sentiasa dipatuhi! Pengurus Latihan MPI, Puan Norhafiza membuat pemeriksaan suhu setiap peserta sebelum memasuki kelas
Peserta tekun mendengar penjelasan daripada penceramah, Mohd Faizal Zakaria
Para peserta berlumba menyiapkan hasil tugasan berkumpulan masing-masing
Salah seorang peserta membentangkan hasil pembelajaran selama dua hari berkursus
Gaya persembahan tersendiri setelah diumumkan sebagai kumpulan paling WOW di kursus tersebut
Bergambar kumpulan bersama penceramah sebelum kursus berakhir