Kursus Yang Membuka Mata Pengamal Media

Buat julung kalinya Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) telah menganjurkan kursus kepada pengamal media bertajuk “Workshop on Role of Media in Covering Violent Extremism (CVE) & Radicalization Leading to Terrorism”.

Kursus yang pertama kali dianjurkan ini telah diadakan di DoubleTree By Hilton Melaka pada 25 – 27 September 2018 dan telah dihadiri seramai 31 pengamal media, pensyarah dan juga pelajar dari media dan kewartawanan yang mewakili pelbagai agensi antaranya TV Alhijrah, The Malaysian Insight, Utusan Malaysia, The Sundaily, The Star, BERNAMA, Kosmo, Sinar Harian, Malaysia Gazette, The China Press, RTM, NSTP, TV3, USM & SEGI Universiti.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk menerangkan secara terperinci mengenai peranan media menghadapi cabaran/peranan pemberitaan mengenai keganasan serta kesannya terhadap masyarakat

Sepanjang 2 hari setengah berkursus, para peserta telah diberi pendedahan mengenai keganasan, pengganas dan situasi semasa dalam Negara. Para peserta juga dapat maklumat yang relevant mengenai apa itu keganasan extremism dan radicalization dan statistik serta klip video yang menarik telah dikongsikan bagi memudahkan mereka apabila ditugaskan untuk membuat liputan berkenaan keganasan ekstrime kelak. Para peserta juga telah diberi penerangan berkenaan jenis-jenis bom dan dibawa ke sebuah kuari untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana bom diletup semasa sesi lawatan ke lapangan.

Rata-rata peserta berpendapat kursus ini banyak membuka mata mereka kerana ianya merupakan satu pendedahan baru kepada sesiapa yang tak pernah ambil peduli tentang topik ini sebelum ini. Salah seorang peserta berpendapat bahawa menghadiri bengkel ini seolah-olah terpanggil untuk berkongsi dengan rakan wartawan di pejabat yang tidak berpeluang menghadirinya kerana banyak tip kewartawanan dan naratif yang berguna yang boleh diaplikasikan dalam menulis laporan/menerbitkan dokumentari mengenai isu ini.

Di akhir kursus, para peserta menerima sijil penyertaan masing-masing yang disampaikan oleh Mr. Morgan J.O’Brien III, Press Attache’, U.S Embassy, Kuala Lumpur di Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Penyertaan.

Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sepanjang kursus berlangsung:

 

1. Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya sedang menyampaikan Kata-kata Aluan sebelum Ketua Pengarah SEARCCT, Dato’ Azmil Mohd Zabidi memulakan Sesi Pengenalan berkenaan Mencegah Keganasan.

2. Para peserta bergambar kumpulan bersama wakil MPI & SEARCCT selepas Majlis Perasmian dan Kata-kata Aluan.

3. Sesi pertama dimulakan dengan ACP Tuan Azman bin Omar dari Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

4. Assoc. Prof Mohd Hizam Hanafiah, Pensyarah dari UKM sedang menyampaikan ceramah beliau manakala Encik Thomas K. Samuel dari SEARCCT (kanan) sedang menunggu giliran. YM Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin (tengah) merupakan moderator keseluruhan kursus tersebut.

5. Ms Dana Williams, Pengarang Eksekutif, Pacific Daily News, Guam berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiasatan bersama peserta kursus.

6. Peserta kursus mendengar dengan penuh minat akan maklumat yang disampaikan oleh para penceramah kursus.

7. Antara peserta yang hadir mendengar dengan penuh khusyuk sesi daripada penceramah yang berpengalaman dan berpengetahuan berkenaan isu keganasan.

8. Mr. Morgan J.O’Brien III (berdiri) sedang menyampaikan sepatah dua kata sebelum Majlis Makan Malam bersama Media bermula.

9. Para peserta kursus telah dibawa ke lapangan untuk melihat sendiri bagaimana bom diletupkan sebelum diberi penerangan berkenaan jenis-jenis bom oleh Ketua Pusat Data Bom Malaysia dari Bukit Aman, KL.

10. Sesi diteruskan dengan wakil daripada Jabatan Penjara, Encik Wan Abdul Rahman Wan Yaman berkongsi pengalaman bagaimana untuk menjaga dan memulihkan banduan dipenjara.

11. Penceramah yang berpengalaman berkenaan Etika & Undang-undang, Prof. Datuk Salleh Buang menceritakan masalah sebenar dihadapi media dalam pelaporan berkaitan keganasan/Daesh.

12. En Zan Azlee, blogger FAT BIDIN MEDIA menjelaskan secara terperinci berkenaan dokumentari yang ditayangkan bertajuk “Road to Radicalisation” kepada para peserta.

13. Gaya yang bersahaja dari Mr. Morgan J.O’Brien III, Press Attache’, U.S Embassy, Kuala Lumpur ketika menyampaikan Ucapan Penutup dan Penyampaian Sijil kepada para peserta.

14. Salah seorang peserta dari NSTP KL sedang berswafoto di atas pentas bersama VIP ketika menerima sijil beliau.

15. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan…Mr. Morgan J.O’Brien III, Press Attache’, U.S Embassy, Kuala Lumpur (tengah), Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI (kanan) dan Encik Shazryll Zahiran, Timbalan Ketua Pengarah 1, SEARCCT (kiri) selepas Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada para peserta kursus.

16. Para peserta kursus bergambar kenangan bersama sijil masing-masing menandakan kursus telah berakhir.