MPI release
LAPORAN “REBUILDING PUBLIC TRUST IN THE MEDIA”

LAPORAN “REBUILDING PUBLIC TRUST IN THE MEDIA”

Bengkel Rebuilding Public Trust in the Media dengan kerjasama Agence France-Presse (AFP) dan The Language House telah diadakan pada 24 hingga 28 Jun 2019 di The Language House, Seksyen 13, Petaling Jaya.

Seramai 20 peserta telah menyertai. 10 media diwakili BERNAMA 3, Utusan Melayu 2, Sinar Harian 2, Media Prima 3, New Straits Times 4, Jabatan Penerangan Malaysia 2 dan masing-masing seorang dari KOSMO!, RTM, The Star, IKIM.

Kursus dikendalikan oleh bekas ketua pengarang dan pengarang projek khas AFP, Encik Eric Wishart.

Bengkel tersebut mendapat sambutan yang sangat baik dari peserta-peserta yang kesemuanya mendapati kursus ini banyak memberi kebaikan dan penambahbaikan dalam bidang penulisan, penyampaian dan penerbitan berita yang tepat dan berkesan.

Salah seorang peserta dari IKIM, Hajah Mazlina menyifatkan kursus tersebut memberikan impak yang sangat berkesan untuk digunakan dalam tugasan beliau.

“Kursus ini sangat baik dan perlu kesinambungan bengkel kedua”, tambah Imran dari BERNAMA.

Ceramah yang disampaikan oleh Eric Wishart berbentuk interaktif dan santai memberikan peluang peserta berkomunikasi bersama beliau juga sesama peserta. Penggunaan audio-visual slides dan nota-nota sangat membantu peserta.

Kursus ini juga memantapkan kemahiran dan teknik penulisan berita iaitu media cetak dan elektronik serta ‘new-media’.  Pendedahan berkenaan trend yang diamalkan oleh berita antarabangsa serta pengalaman luas beliau turut memberikan input yang berguna.