Lebih banyak Bengkel Penulisan Pelancongan MPI dan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia

Tourism Malaysia, dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI)  berhasrat untuk menganjurkan bengkel penulisan pelancongan secara tahunan mulai 2013.

Hasrat ini dinyatakan oleh Pengarah Bahagian Komunikasi dan Publisiti Tourism Malaysia, Encik Mohamed Razip Hasan sewaktu merasmikan Bengkel Penulisan Pelancongan MPI-Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia di Pulai Springs Resort, Johor.

Bengkel selama dua hari setengah pada 5 hingga 7 November 2012 ini  telah dihadiri oleh 20 orang peserta, dua dari Sabah, lima dari Sarawak, tiga dari Tourism Malaysia selebihnya wartawan dari media cetak dan elektronik.

Puan Putri Zanina Megat Zainuddin, Pengarang, Life & Times Travel Section, New Straits Times telah bertanggungjawab mengendalikan keseluruhan bengkel tersebut. Sarat dengan tip-tip bagi menghasilkan penulisan yang berkesan, kepakaran beliau telah membolehkan para peserta mendapat ilmu dan pengetahuan baru untuk menghasilkan tulisan-tulisan yang berkualiti tentang pelancongan.

Pengarang, Bahagian Kumunikasi & Publisiti Tourism Malaysia, Puan Anis Rozalina Ramli  turut memberi panduan bagi penulisan pelancongan semasa sesi pengenalan pada hari pertama.

Antara topik yang bincangkan adalah; elemen-elemen penulisan pelancongan dari segi diskripsi, struktur and sudut; kaedah penyelidikan; apa ciri-ciri yang mesti ada dalam penulisan; tugasan di Legoland dan Johor Premium Outlet (JPO) dan latihan.

Pengarah Tourism Malaysia Johor, Encik Edzuar Zar Ayob, telah menutup bengkel tersebut.

 1. Encik Mohamed Razip Hasan, Pengarah Bahagian Komunikasi & Publisiti, Tourism Malaysia berucap semasa merasmikan Bengkel Penulis .

 2. Bergambar selepas perasmian.

3. Dari kanan,Putri Zanina, Anis Rozalina dan Maimunah semasa sesi forum penulisan berkesan.

4. Wan Ahmad Syahir, wartawan majalah LIBUR.

5. Taklimat di legoland Malaysia.

6. Pengarah Tourism Malaysia Johor, Encik Edzuar Zar Ayob selepas menutup Bengkel.