Lebihkan tumpuan pada laporan siasatan – Prof Jomo

Tokoh Akademik Negara, Profesor Jomo Kwame Sundaram menyampaikan pesanan kepada media agar memberi lebih tumpuan membuat laporan siasatan pada era Malaysia baharu kini daripada melaporkan berita berbaur politik di majlis Bicara Makan Tengah Hari bersama editor dan pengamal media anjuran Malaysian Press Institute (MPI) di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 30 Januari baru-baru ini.

Dalam ucapan beliau berjudul “Malaysia Baharu: Peranan Media” di hadapan lebih daripada lima puluh editor, wartawan kanan, pengamal media dan ahli akademik, Profesor Jomo menegaskan media haruslah mengambil ruang dan peluang yang ada pada era pimpinan baharu ini dengan membongkar dan mendalami kes-kes yang melibatkan kerajaan terdahulu melalui laporan siasatan mereka yang jujur dan tidak berat sebelah serta menyerahkan kepada budi bicara para pembaca menilainya dalam membuat justifikasi dan kesimpulan muktamad mereka. “Inilah strategi menuju Malaysia Baharu yang patut kita praktis”, katanya.

Para editor dan wartawan kanan yang hadir, antaranya ialah : Datuk Seri Azman Ujang (BERNAMA), Datuk Zulkefli Hamzah (Kumpulan Utusan), En. Khaidhir A. Majid (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (BH), En. Azizi Othman (NSTP), En. Muzli Mohamad Zin (NST), En. Tuan Mohd. Asri Tuan
Hussein (HMetro), En. Steven Gan (Malaysiakini), En. Syed Ali (TV Alhijrah), Tuan Haji Ahmad Nazri (IKIM) dan En. Mohd. Azri Atan (TV3).
Manakala ahli-ahli akamedik yang turut hadir ialah : Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican (USM), Prof. Dato’ Syed Arabi Idid (UIAM), Prof. Madya Dr. Ali Salman (Taylor’s University), Prof. Dr. Samsudin A. Rahim (Taylor’s University), Prof. Dr. Azizah Hamzah (USIM) dan Dr. Md. Azlanshah Md Syed (Universiti Malaya).

Pada sesi soal-jawab bersama para hadirin, antara yang bertanyakan soalan ialah – En. Steven Gan (Malaysiakini), En. Khaidhir A. Majid (BH), Dato’ Baharom Mahusin dan Prof. Dr. Azizah Hamzah (USIM) sebelum majlis berakhir dengan makan tengahari.
Bicara Makan Tengah Hari merupakan salah satu program bersiri MPI bagi mempertemukan barisan kepimpinan/tokoh pembangunan negara dan pakar-pakar kewartawanan/media tanahair. Selepas ini, ia akan diteruskan bersama pemimpin/tokoh yang lain pula.

 

Tokoh Akademik Negara, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram yang juga seorang ahli ekonomi banyak berkongsi maklumat mengenai perkembangan ekonomi negara ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Malaysia Baharu : Peranan Media”.

Para hadirin memenuhi dewan sebaik sahaja ucapan Prof. Jomo bermula.

Dari kiri : Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (BH), Dato’ Baharom Mahusin dan En. Azizi Othman (NSTP).

Datuk Zulkefli Hamzah (Kumpulan Utusan). Di
belakang beliau ialah Dr. Md. Azlanshah Md Syed (Universiti Malaya)
.

En Syed Ali (TV AlHijrah) dan Tuan Haji Ahmad Nazri (IKIM) turut hadir.

Wakil dari Taylor’s University, dari kanan; Dr. Tan Poh Ling, Prof. Dr. Samsudin A. Rahim dan Prof. Madya Dr. Ali Salman.

Sesi soal-jawab bersama audiens. Dari kiri : En. Steven Gan (Malaysiakini), Dato’ Baharom Mahusin, Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican (USM) dan Prof. Dr. Azizah Hamzah (USIM).

Prof. Jomo dikerumuni wartawan liputan sebaik program selesai.

Antara editor kanan dan ahli akademik yang hadir bergambar bersama Profesor Jomo. Dari kiri: En. Azizi
Othman (NSTP), En. Muzli Mohamad Zin (NST), Prof. Datuk Dr.Ahmad Murad Merican (USM), En. Tuan Mohd. Asri Tuan Hussein (HMetro), Prof. Dato’ Syed Arabi Idid (UIAM), Prof. Madya Dr. Ali Salman (Taylor’s University), Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram, Datuk Dr. Chamil Wariya (MPI), Datuk Seri Azman Ujang (BERNAMA), Datuk Zulkefli Hamzah (Kumpulan Utusan), En. Khaidhir A. Majid (BH), Dato’ Baharom Mahusin dan En. Mohd. Azri Atan (TV3).