“LIHAT, AMATI DAN LALUI LALUAN TIKUS BERI PENGALAMAN LEBIH KEPADA PESERTA”

Bertempat di Promenade Hotel Tawau telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pelaporan Pemerdagangan Orang anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI); Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Pejabat Strategik Nasional Majlis Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran (NSO MAPO), Kementerian Dalam Negeri.

Seramai 45 orang wartawan media cetak dan media elektronik masing-masing mewakili 21 pertubuhan media Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia termasuk pegawai agensi di bawah ESSCOM Sabah dan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah menghadiri bengkel tiga hari mulai 9 hingga 11 Mei 2017.

Ini merupakan antara penyertaan tertinggi diterima oleh MPI bagi edisi penganjuran kali ke-7 sejak ianya mula diperkenalkan pada 10 November 2009.

Bengkel yang bertujuan meningkatkan kesedaran para wartawan mengenai peranan penting media dalam membantu menangani permasalahan pemerdagangan orang dengan pendedahan maklumat-maklumat terkini mengenai isu tersebut. Para peserta juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran menghasilkan laporan berbentuk penyiasatan khususnya dengan menggunakan pengamatan sendiri sepanjang mengikuti bengkel kerana turut dibawa ke laluan tikus yang menjadi lubuk kegiatan aktiviti itu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Syuhaida Abdul Wahab Zen, Setiausaha Bahagian Pejabat Nasional (NSO), MAPO yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan Mr. Drake Weisert, Pegawai Informasi Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Para peserta juga diberikan peluang melihat dan meninjau aktviti rondaan di bawah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah yang dibawakan oleh Polis Maritim sepanjang perjalanan dari jeti Tawau ke sempadan laut Indonesia berhampiran Nunukan.

Di akhir kursus, para peserta menerima sijil penyertaan masing-masing yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH CP Dato’ Ramli bin Din.

Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung:

 

HARI PERTAMA

 

Jun 1 TIP 011. Puan Syuhaida Abdul Wahab Zen, Setiausaha Bahagian, Pejabat Strategik Nasional (NSO) MAPO merasmikan bengkel pelaporan pemerdagangan orang.

 

Jun 1 TIP 022. Majlis perasmian bengkel turut dihadiri dari (kiri) Drake Weisert, Pegawai Informasi Kedutaan AS Kuala Lumpur, Puan Syuhaida Abdul Wahab Zen, Setiausaha Bahagian, Pejabat Strategik Nasional (NSO) MAPO (tengah) dan Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM, Senior Asisten Komisioner Mohamad bin Madun (kanan).

 

Jun 1 TIP 033. Para peserta bengkel seramai 45 orang bergambar kenangan selepas majlis perasmian sebelum sesi pertam dimulakan.

 

Jun 1 TIP 044. Asistent Komisioner Hassim Justin, Timbalan Ketua Staf Risikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) memberi pengenalan berkenaan ESSCOM kepada para peserta bengkel.

 

Jun 1 TIP 055. Ms Jennifer Spande, Timbalan Kaunselor Politik, U.S. Embassy Kuala Lumpur memulakan sesi pertama mengenai peranan US dalam menangani isu tersebut.

 

Jun 1 TIP 066. Dari kiri : Encik Kevin Geh Kien Meng, Timbalan Setiausaha Bahagian, Pejabat Strategik Nasional (NSO) MAPO, Encik Mohamad Abazafree Mohd Abbas, Ketua Unit Jenayah Am & Ketenteraman Awam Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (tengah) dan ACP Maszely bin Hj Minhad, Penolong Pengarah D7C Antipemerdagangan Orang & Antipenyeludupan Migran, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (kanan) untuk sesi panel mengenai peranan agensi awam dalam menangani ATIPSOM.

 

Jun 1 TIP 077. Penceramah dari Suhakam, Ms Paremeswari Subramaniam menyampaikan ceramah beliau berkenaan ATIPSOM dari perspektif hak asasi manusia.

 

Jun 1 TIP 088. Ms Mia Barrett, Pegawai Komunikasi & Perhubungan Awam, International Organisation for Migrant, (IOM) X berkongsi bersama para peserta bagaimana (IOM) X menggunakan media dan teknologi untuk mencegah penyeludupan manusia.

 

Jun 1 TIP 099. Encik Hilal Azmi, peserta dari Astro Awani KL antara peserta aktif mengajukan soalan berkenaan isu-isu berkaitan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran kepada para penceramah.

 

Jun 1 TIP 1010. Para peserta bengkel sedang menikmati BBQ di Café at Seven Restaurant @ Balcony sempena makan malam bersama media.

 

HARI KEDUA

 

Jun 1 TIP 1111. Para peserta bergambar di atas bot polis maritim semasa sesi lawatan dilapangan untuk menyaksikan aktiviti rondaan di bawah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

 

Jun 1 TIP 1212. ASP Rusdin bin Banin, Penolong Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Tawau sedang menyampaikan taklimat berkenaan tujuan sesi lawatan tersebut kepada para peserta bengkel.

 

HARI KETIGA

 

Jun 1 TIP 1313. Encik T. Selva, Pengarang Perunding Kanan Latihan & Hal Ehwal Perundangan, The Star berkongsi pengalaman membuat liputan ATIPSOM dan juga berkongsi tips kewartawanan penyiasatan dan cara menulis cerita yang memenangi anugerah bersama para peserta.

 

Jun 1 TIP 1414. Encik Mohd Yazzer Mahmun, Eksekutif Kanan Jurukamera (S.1) & Wartawan Jenayah Jabatan Berita & Hak Ehwal Semasa TV3 Sabah berkongsi pengalaman berserta video rakaman semasa beliau membuat liputan ATIPSOM di sekitar Sabah & Sarawak.

 

Jun 1 TIP 1515. Puan Ajanis Ba-i, Pengurus Rumah Perlindungan menceritakan pengalaman menjaga kalangan yang menjadi mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di KL.

 

Jun 1 TIP 1616. Encik T. Selva yang juga merupakan Ahli Majlis Pentadbir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH CP Dato’ Ramli bin Din sebaik sahaja selesai majlis penutupan bengkel dan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta di Tawau Sabah.

 

Jun 1 TIP 1717. Para peserta bergambar kenangan bersama Pesuruhjaya Polis Sabah (lima dari kanan), penceramah jemputan dan juga pegawai kanan ESSCOM Sabah pada hari terakhir kursus.