LUNCHEON TALK MENTERI KEWANGAN II PERJELAS ASAS-ASAS YANG MAMPU PERTAHANKAN EKONOMI NEGARA

“Asas-asas yang kita ada – kekuatan sistem kewangan, pasaran modal, sistem perbankan dan aset negara akan dapat bertahan daripada sebarang aliran keluar,” tegas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani  kepada pemberita selepas Majlis ‘Luncheon Talk’ bersama Editor dan Pengamal Media di KL Hilton pada 31 Julai 2017.

Majlis ini dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) berkolabarasi dengan Kementerian Kewangan (MoF) merupakan yang kedua daripada siri ‘luncheon talk’ yang dirancang oleh MPI bagi mempertemukan barisan kepimpinan negara dan pakar-pakar kewartawanan/media tanahair.

Datuk Johari mengulas lebih lanjut, dua daripada asas tersebut iaitu pasaran modal dan portfolio aset kewangan semasa Malaysia yang bernilai RM5.5 trilion mampu menyokong ekonomi negara di samping menampan sebarang kejutan luaran serta aliran keluar dana.

“Daripada jumlah itu, pasaran modal adalah bernilai RM3.1 trilion, terdiri daripada ekuiti (RM1.8 trilion) dan bon (RM1.3 trilion) manakala baki RM2.4 trilion merupakan aset kewangan. Walaupun berlaku aliran keluar RM32 bilion pada suku pertama tahun ini, Malaysia masih mampu mengekalkan pertumbuhan ekonominya”, katanya.

Sebelum itu, ketika menyampaikan ucapannya bertajuk “Malaysia’s Economy: Challenges and the Way Forward”, beliau menyatakan kerajaan telahpun bersiap sedia dengan inisiatif strategik bagi menghadapi fasa pertumbuhan ekonomi baharu. Menurutnya, dua daripada inisiatif tersebut iaitu pelbagai projek infrastruktur dan pendigitalan platform dalam talian sudah dan sedang  menunjukkan hasilnya.

“Projek seperti Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Lebuh Raya Pan Borneo mampu meningkatkan aktiviti ekonomi negara’, katanya. Misalnya, pelaburan yang dilakukan untuk membina MRT sejauh 31 kilometer dengan 31 stesen sudah menampakkan kesan positif dalam masa yang singkat di mana harga tanah dan rumah meningkat di samping memudahkan urusan orang ramai tidak lagi perlu memandu untuk ke destinasi-destinasi tertentu.

“Selain itu, pendigitalan bagi pendanaan ekuiti ramai (ECF), pembiayaan peer-to-peer (P2P) serta permodalan Data Besar telah menghasilkan blok pembangunan ekonomi baharu”, katanya.

Apatah lagi, kepelbagaian ekonomi Malaysia yang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada perolehan minyak telah berperanan penting membantu negara bertahan. “Ketahanan kita mampu membentengi daripada kesan luaran dengan jangkaan ketidaktentuan harga komoditi dunia berpanjangan ditambah turun naik pasaran kewangan global akibat kesan pertukaran dasar di negara-negara seperti Amerika Syarikat”, tegasnya.

Lebih sembilan puluh peneraju editorial, wartawan dan ilmuwan universiti hadir di majlis ini antaranya; Datuk Seri Azman Ujang (BERNAMA), Datuk Mustapa Omar (Harian Metro), Dato’ Mohd. Zaini Hassan (Kumpulan Utusan), Datuk Abdul Jalil Ali (Kumpulan Media Karangkraf), Muzli Mohamad Zain (New Straits Times), Kamarul Bahrin Haron (Astro AWANI), Datuk Nuraina Abd Samad (BRU Publications), Prof. Dr. Azizah Hamzah (Universiti Malaya), Prof. Madya Dr. Normah Mustafa (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Dr. Khairuddin Othman (Universiti HELP). Ia turut disertai 16 pelajar Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).

Pada sesi soal-jawab bersama para hadirin, tiga peserta melontarkan soalan – Dr. Khairuddin Othman, Dekan Fakulti Komunikasi, Universiti HELP; Dr. Hamisah Hassan, Ketua Jabatan Komunikasi, UPM dan Kamarul Bahrin Haron, Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI sebelum majlis berakhir dengan makan tengahari.

Kesemua editor, wartawan dan ahli akademik akan berkumpul semula di program Luncheon Talk seterusnya pada 15 Ogos nanti, kali ini bersama Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar pula.

SEKITAR MAJLIS LUNCHEON TALK MENTERI KEWANGAN II

Pendaftaran – Antara wartawan yang hadir membuat liputan mendaftar sebelum majlis bermula .

Pendaftaran – Antara wartawan yang hadir membuat liputan mendaftar sebelum majlis bermula .

Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Grup SINAR (paling kanan) berbual mesra dengan Profesor Dr. Azizah Hamzah dan Dr. Azalanshah Md Syed dari Universiti Malaya sebelum majlis bermula.

Peneraju editorial di meja utama : Paling kiri – En. Kamarul Bahrin Haron, Timb. Ketua Pengarang Astro AWANI; diikuti Datuk Seri Azman Ujang, Pengerusi BERNAMA; En. Muzli Mohamad Zin, Editor Eksekutif Berita, New Straits Times; En Foo Tick Fat, Pengarang

Peneraju editorial di meja utama : Paling kiri – En. Kamarul Bahrin Haron, Timb. Ketua Pengarang Astro AWANI; diikuti Datuk Seri Azman Ujang, Pengerusi BERNAMA; En. Muzli Mohamad Zin, Editor Eksekutif Berita, New Straits Times; En Foo Tick Fat, Pengarang Bersekutu, Nanyang Siang Pau. Turut kelihatan : Paling kanan – Dato’ Mohd. Zaini Hassan, Pen Ketua Pengarang 1, Kumpulan Utusan; Terlindung : Datuk Abdul Jalil Ali (Grup SINAR) dan Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan, Harian Metro.

Antara ahli akademik yang hadir : Bermula dua dari kiri – En. Abd. Latif Lai (Universiti Malaysia Sabah); Dr. Hamisah Zaharah (Universiti Putra Malaysia) dan Prof. Madya Dr. Normah Mustafa (Universiti Kebangsaan Malaysia).

Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani serius membicarakan pembentangan tajuknya, “Malaysia's Economy : Challenges and the Way Forward”.

Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani serius membicarakan pembentangan tajuknya, “Malaysia’s Economy : Challenges and the Way Forward”.

Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI (kiri) bertindak selaku moderator ketika sesi ceramah dan soal-jawab bersama hadirin.

Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI (kiri) bertindak selaku moderator ketika sesi ceramah dan soal-jawab bersama hadirin.

Datuk Nuraina Samad, Pengarang Urusan BRU Publication dan En. Jason Leong, Ketua Pegawai Eksekutif SIP Advisory turut hadir. Di belakang mereka ialah kumpulan wartawan yang hadir membuat liputan.

Datuk Nuraina Samad, Pengarang Urusan BRU Publication dan En. Jason Leong, Ketua Pegawai Eksekutif SIP Advisory turut hadir. Di belakang mereka ialah kumpulan wartawan yang hadir membuat liputan.

Di meja “PRESS” ialah kumpulan wartawan yang hadir membuat liputan dan di belakang mereka adalah kumpulan pelajar Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

Di meja “PRESS” ialah kumpulan wartawan yang hadir membuat liputan dan di belakang mereka adalah kumpulan pelajar Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

Dari Universiti HELP diwakili oleh Dr. Khairuddin Othman (paling kiri); dari Institute of Journalism Studies, UiTM diwakili oleh En. Amirul Akhbar (dua dari kiri) dan En. Ahmad Farami (tiga dari kiri); dan dari Universiti Selangor (UNISEL) diwakili oleh E

Dari Universiti HELP diwakili oleh Dr. Khairuddin Othman (paling kiri); dari Institute of Journalism Studies, UiTM diwakili oleh En. Amirul Akhbar (dua dari kiri) dan En. Ahmad Farami (tiga dari kiri); dan dari Universiti Selangor (UNISEL) diwakili oleh En. Ismail Hashim (dua dari kanan) dan Pn. Nora Lina Mohd Hussain (paling kanan).

Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut diwakili oleh empat pensyarah dari Graduate Business School. Paling kanan ialah Prof. Madya Dr. Norzanah Mat Nor, diikuti oleh Pn. Nazirah Mohd Rozi, Pn. Hamidah Ruhani dan En. Fazli Shah.

Tiga peserta bertanyakan soalan, dari kiri : Dr. Khairuddin Othman, Dekan Fakulti Komunikasi, Universiti HELP; Dr. Hamisah Hassan, Ketua Jabatan Komunikasi, UPM; Kamarul Bahrin Haron, Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI.

Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II.

Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani meluangkan masa bersalaman dengan para hadirin setelah selesai sesi soal-jawab.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani meluangkan masa bersalaman dengan para hadirin setelah selesai sesi soal-jawab.

Salah seorang peserta sempat merakam kenangan berswafoto dengan Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Salah seorang peserta sempat merakam kenangan berswafoto dengan Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Dr. Chamil Wariya menyertai peneraju editorial menjamu selera di meja utama. Dari kiri - En. Muzli Mohamad Zin, Editor Eksekutif Berita, New Straits Times dan En Foo Tick Fat, Pengarang Bersekutu, Nanyang Siang Pau.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Dr. Chamil Wariya menyertai peneraju editorial menjamu selera di meja utama. Dari kiri – En. Muzli Mohamad Zin, Editor Eksekutif Berita, New Straits Times dan En Foo Tick Fat, Pengarang Bersekutu, Nanyang Siang Pau. Turut kelihatan di sebelah kanan – Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan, Harian Metro dan Datuk Abdul Jalil Ali (Grup SINAR). Terlindung : Dato’ Mohd. Zaini Hassan, Pen Ketua Pengarang 1, Kumpulan Utusan.

Aug 07 LunchMoF 16

Datuk Seri Johari Abdul Ghani meluangkan masa melayan pertanyaan para wartawan liputan ketika dikerumuni mereka sebelum majlis bersurai.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani meluangkan masa melayan pertanyaan para wartawan liputan ketika dikerumuni mereka sebelum majlis bersurai.