Luncheon Talk Peguam Negara: Galeri Foto

Lebih seratus editor, wartawan dan ahli akademik dalam bidang komunikasi, media dan kewartawanan mendengar pencerahan mengenai media dan undang-undang disampaikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamed Apandi Ali di suatu majlis makan tengahari bersama beliau di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 26 April 2016.

Majlis ini dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) berkolabarasi dengan Institut Pengajian Kewartawanan (IJS), UiTM merupakan yang pertama daripada salah satu program kerjasama yang disyorkan hasil daripada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPI dengan IJS di Shah Alam pada Disember tahun lalu.

Antara tokoh wartawan, peneraju editorial dan ilmuwan universiti yang hadir di majlis ini termasuklah Datuk Seri Azman Ujang (BERNAMA), Datuk Mustapa Omar (Harian Metro), Datuk Othman Mohamad (Kumpulan Utusan), Dato’ Baharom Mahusin (KOSMO!), Datuk Abdul Jalil Ali (Kumpulan Media Karangkraf), Datuk Ahirudin Attan (BRU Publications), Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim (IKMAS, UKM), Prof. Dr. Azizah Hamzah (Universiti Malaya) dan Prof. Dr. Faridah Ibrahim (Infrastructure University Kuala Lumpur). Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 14 peserta IKON Siarawan RTM, sebuah program realiti kewartawanan di TV2 yang bakal melahirkan pelapis wartawan penyiaran terlatih.

Bertajuk “Media dan Undang-Undang : Perspektif Negara”, ceramah Tan Sri Apandi adalah berkisarkan penegasan beliau mengenai hak kebebasan bercakap dan bersuara oleh pengamal media di Malaysia adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada beberapa sekatan undang-undang. Menurut beliau, sekatan undang-undang ini pula bukanlah sewenang-wenangnya dibuat, tetapi ia bagi memastikan ketenteraman awam kekal terpelihara. Oleh kerana itu, kuasa yang ada pada media dalam mempengaruhi orang awam wajar digunakan dengan penuh hemah dan bertanggungjawab bagi memajukan agenda nasional untuk memelihara ketenteraman awam dan kesejahteraan umum dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Beberapa akta berkaitan media seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 turut diperjelaskan dengan pembentangan contoh-contoh kes terkini yang relevan. Di akhir ceramah, beliau menyarankan kebebasan bersuara perlu diimbangi dengan etika kewartawanan yang baik dan Responsible Journalism menjadi tonggak utama dalam profesion kewartawanan bagi memastikan industri kewartawanan dan media negara berkembang dan menjadi lebih matang.

Beliau bersoal-jawab dengan beberapa peserta hadirin, antaranya James Sarda, Ketua Pengarang Sabah Daily Express; Nadeswaran, Pengarang Siasatan Khas The Sun; Dr. Hamisah Hassan, Ketua Jabatan Komunikasi, UPM; wakil peserta IKON Siarawan RTM dan Datuk Seri Azman Ujang, Pengerusi BERNAMA sebelum majlis berakhir dengan makan tengahari.

Program Luncheon Talk anjuran MPI-IJS ini ditaja oleh UEM Group Berhad dan bakal diadakan secara bersiri melibatkan beberapa pemimpin negara yang lain pula.

SEKITAR MAJLIS LUNCHEON TALK PEGUAM NEGARA

1 (1024x760)

Pendaftaran – Antara wartawan yang hadir membuat liputan mendaftar sebelum majlis bermula

Pendaftaran – Antara wartawan yang hadir membuat liputan mendaftar sebelum majlis bermula

Datuk Othman Mohamad, Timbalan Ketua Pegarang Kumpulan Utusan (kanan) dan En. Khairdzir Md Yunus, Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (kiri) antara editor yang hadir di majlis Luncheon Talk.

Datuk Othman Mohamad, Timbalan Ketua Pegarang Kumpulan Utusan (kanan) dan En. Khairdzir Md Yunus, Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (kiri) antara editor yang hadir di majlis Luncheon Talk.

En. Zulkefli Hamzah, P Pengarang Utusan Malaysia turut hadir.

En. Zulkefli Hamzah, P Pengarang Utusan Malaysia turut hadir.

Sebelum majlis bermula, Datuk Dr. Chamil Wariya, CEO MPI melayan para tetamu yang hadir, antaranya dua peserta IKON Siarawan RTM.

Sebelum majlis bermula, Datuk Dr. Chamil Wariya, CEO MPI melayan para tetamu yang hadir, antaranya dua peserta IKON Siarawan RTM.

Berbual mesra – Peguam Negara, Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi Ali (tiga dari kanan) berkenal-kenalan dengan wakil-wakil Malaysian Press Institute (MPI) dan Institute of Journalism Studies (IJS) ketika di “holding room”. Dari kiri; En. T. Selva, Ahli Majlis Pentadbir MPI; En. Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli, Pengarah IJS; Datuk Dr. Chamil Wariya, CEO MPI; Datuk Mustapa Omar, Setiausaha/Bendahari MPI dan Dr. Saraswathy Chinnasamy, Fellow IJS.

Berbual mesra – Peguam Negara, Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Ali (tiga dari kanan) berkenal-kenalan dengan wakil-wakil Malaysian Press Institute (MPI) dan Institute of Journalism Studies (IJS) ketika di “holding room”. Dari kiri; En. T. Selva, Ahli Majlis Pentadbir MPI; En. Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli, Pengarah IJS; Datuk Dr. Chamil Wariya, CEO MPI; Datuk Mustapa Omar, Setiausaha/Bendahari MPI dan Dr. Saraswathy Chinnasamy, Fellow IJS.

Ketibaan Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi Ali ke dalam dewan ditunggu para hadirin.

Ketibaan Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Ali ke dalam dewan ditunggu para hadirin.

Tunggak utama – En. Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli, Pengarah IJS (paling kiri), Datuk Dr. Chamil Wariya, CEO MPI dan Datuk Mustapa Omar, Setiausaha/Bendahari MPI memberi tumpuan kepada ceramah Tan Sri Apandi.

9 (1024x758)

Peguam Negara, Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi Ali serius membicarakan pembentangan tajuknya, “Media dan Undang-Undang : Persepktif Negara”.

Peguam Negara, Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Ali serius membicarakan pembentangan tajuknya, “Media dan Undang-Undang : Persepktif Negara”.

Datuk Dr. Chamil Wariya bertindak selaku moderator ketika sesi ceramah dan soal-jawab bersama hadirin.

Datuk Dr. Chamil Wariya bertindak selaku moderator ketika sesi ceramah
dan soal-jawab bersama hadirin.

Dewan dipenuhi para jemputan dan pemberita liputan ketika majlis berlangsung.

Dewan dipenuhi para jemputan dan pemberita liputan ketika majlis berlangsung.

Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf (kiri); En. Noor Azam Shairi, Executive Editor Input Astro Awani (tengah) dan Dato’ Baharom Mahusin, Pengarang KOSMO! (kanan) antara pengurusan editorial yang hadir mendengar ceramah Tan Sri Apandi.

Antara fellow dan pensyarah IJS, UiTM yang hadir, dari kiri – Dr. Siti Zabedah Mohd. Shariff, Pn. Wan Admiza Wan Hassan, En. Norsham Firdaus dan En. Ahmad Farami Abd Ghani. Turut kelihatan, Prof. Dr. Azizah Hamzah dari Universiti Malaya (paling kanan) dan Pn. Dil Froz Sayed Halem Shah (dua dari kanan) dari Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL).

Antara fellow dan pensyarah IJS, UiTM yang hadir, dari kiri – Dr. Siti Zabedah Mohd.
Shariff, Pn. Wan Admiza Wan Hassan, En. Norsham Firdaus dan En. Ahmad Farami
Abd Ghani. Turut kelihatan, Prof. Dr. Azizah Hamzah dari Universiti Malaya
(paling kanan) dan Pn. Dil Froz Sayed Halem Shah (dua dari kanan) dari Infrastructure
University Kuala Lumpur (IUKL).

Antara peserta IKON Siarawan RTM, sebuah program realiti kewartawanan di TV2 turut hadir menimba ilmu di majlis ini.

Antara peserta IKON Siarawan RTM, sebuah program realiti kewartawanan di TV2 turut hadir
menimba ilmu di majlis ini.

Datuk Mustapa Omar, Setiausaha/Bendahari MPI yang juga merupakan Pengarang Kumpulan Harian Metro menyampaikan cenderahati tanda kenangan kepada Tan Sri Apandi.

Datuk Mustapa Omar, Setiausaha/Bendahari MPI yang juga merupakan Pengarang Kumpulan Harian Metro menyampaikan cenderahati tanda kenangan kepada Tan Sri Apandi.

En. Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli turut menyampaikan cenderahati tanda kenangan daripada Institute of Journalism Studies (IJS) kepada Tan Sri Apandi.

En. Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli turut menyampaikan cenderahati tanda kenangan daripada Institute of Journalism Studies (IJS) kepada Tan Sri Apandi.

Antara editor/wartawan yang melontarkan soalan

En. James Sarda, Pengarang Ketua Pengarang Sabah Daily Express

En. James Sarda,
Pengarang Ketua Pengarang Sabah Daily Express

Nadeswaran, Pengarang Siasatan Khas The Sun

Nadeswaran, Pengarang Siasatan
Khas The Sun

wakil peserta IKON Siarawan RTM

wakil peserta IKON Siarawan RTM

Datuk Seri Azman Ujang, Pengerusi BERNAMA

Datuk Seri Azman Ujang,
Pengerusi BERNAMA

Barisan editorial bergambar kenangan bersama Tan Sri Apandi Ali; dari kiri : Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI/Fellow IKMAS; En. James Sarda, Ketua Pengarang Sabah Daily Express; Datuk Seri Azman Ujang, Pengerusi BERNAMA; Dato’ Baharom Mahusin, Pengarang KOSMO!; Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf; Datuk Dr. Chamil Wariya, CEO MPI; Tan Sri Apandi Ali; Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Harian Metro; En. Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli, Pengarah IJS; En. T. Selva, Pengarang Konsultan Kanan, The Star; En. Ch’ng Boon Heng, Ketua Pengarang New Sabah Times; Datuk Othman Mohamad, Timbalan Ketua Pegarang Kumpulan Utusan dan En. Zulkefli Hamzah, Penolong Pengarang Utusan Malaysia.

Para pensyarah dan ketua jabatan pengajian media universiti turut merakam kenangan bersama Tan Sri Apandi Ali. Dari kiri : Dr. Siti Zabedah Mohd. Shariff dan Pn. Wan Admiza Wan Hassan (UiTM), Prof. Dr. Azizah Hamzah (Universiti Malaya), Prof. Madya Dr. Wan Amizah Wan Mahmud dan Prof. Madya Dr. Normah Mustaffa (UKM), Prof. Dr. Faridah Ibrahim (IUKL), Dr. Saraswathy Chinnasamy (IJS/UiTM), Datuk Dr. Chamil Wariya, Tan Sri Apandi Ali, Dr. Hamisah Zaharah Hasan dan Dr. Rosya Izyanie Shamshudeen (UPM), En. Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli, En. Norsham Firdaus dan En. Ahmad Farami Abd Ghani (IJS, UiTM), Pn. Dil Froz Sayed Halem Shah (IUKL), Dr. Nazri Md Yassin (UNISEL), Dr. Shahrul Nazmi Sannusi dan Dr. Ahmad Saufiyyan Abu Hasan (UKM).

Kehadiran peserta IKON Siarawan RTM yang memeriahkan lagi majlis tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Tan Sri Apandi.

Kehadiran peserta IKON Siarawan RTM yang memeriahkan lagi majlis tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Tan Sri Apandi.

23 meja

Jamu selera – Tan Sri Apandi dan Datuk Dr. Chamil Wariya menikmati hidangan makan tengahari bersama para tetamu yang lain sebelum majlis bersurai

Jamu selera – Tan Sri Apandi dan Datuk Dr. Chamil Wariya menikmati hidangan makan tengahari bersama para tetamu yang lain sebelum majlis bersurai