PNB PERKENAL PELAN STRATEGIK PATUH SYARIAH – WAHID OMAR

Permodalan Nasional Berhad (PNB) merancang menukar 20 peratus daripada saham syarikat strategiknya, Maybank kepada saham Islamik atau ‘i-shares’ menerusi pengasingan aset tanpa campur tangan entiti asing. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata demikian dalam ucapannya di Majlis ‘Luncheon Talk’ bersama Editor dan Pengamal Media di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 15 Ogos 2017.

Majlis ini dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) berkolabarasi dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan yang ketiga daripada siri ‘luncheon talk’ yang dirancang oleh MPI bagi mempertemukan barisan kepimpinan/tokoh pembangunan negara dan pakar-pakar kewartawanan/media tanahair.

Tan Sri Abdul Wahid mengulas lebih lanjut, langkah strategik ini memiliki asas yang kukuh dan bertujuan menyokong agenda pembiayaan Islam oleh kerajaan dengan mewujudkan lebih banyak instrumen pelaburan syariah menerusi syarikat-syarikat pelaburannya. “Jika pelan ini berjaya, ‘i-share’ Maybank akan menjadi sebuah aset patuh syariah bernilai kira-kira RM20 bilion. Manakala bank-bank lain seperti CIMB Group Bhd, RHB Bank dan Bursa Malaysia akan turut menerapkan konsep ini’, ujarnya.

Dalam perkembangan rancangan strategik yang lain, beliau juga membentangkan pelan transformasi PNB ke arah menjadi institusi pelaburan bertaraf dunia yang sehingga kini menunjukkan petanda positif, di samping memaklumkan status projek Merdeka PNB 118 kini berjalan lancar di mana menara setinggi 630 meter yang tersenarai sebagai bangunan kelima tertinggi dunia bakal menjadi mercu tanda baharu Malaysia.

Beliau turut berkongsi mengenai keputusan peribadinya menamatkan perkhidmatan dalam kerajaan selepas menyertainya hanya sepenggal adalah disebabkan tidak mahu menjadi ahli politik. “Keputusan itu juga sebenarnya adalah berdasarkan ‘persefahaman’ yang telah dicapai dengan isteri sebelum menyertai jemaah menteri dan telah mendapat ‘persetujuan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dimaklumkan mengenainya awal-awal lagi”, jelas Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Ketika ditanya pada sesi soal-jawab tentang kemungkinan beliau kembali menyertai kerajaan pada masa depan, beliau bertegas bahawa hatinya tetap dan jelas dengan keputusan untuk kekal dalam dunia korporat. “Saya berbesar hati dapat berkhidmat dalam kerajaan dan telah melakukan sebaik mungkin dalam tempoh sepenggal. Namun saya gembira dapat kembali ke dunia korporat dan kini memainkan peranan yang penting dalam satu institusi nasional utama seperti PNB,” katanya.

Lebih seratus peneraju editorial, wartawan dan ilmuwan universiti hadir di majlis ini antaranya; Datuk Zakaria Abdul Wahab (BERNAMA), Datuk Haji Izelan Basar (Alhijrah), Datuk Wong Sai Wan (Malay Mail), Puah You Lai (Oriental Daily), Rozaman Ismail (Kumpulan Utusan), M. Shanmugam (STAR Media Group), Abdul Razak Abu Chik (Astro AWANI), Nasharudin Tajuddin (TV3), Agus Setiawan (antarakl.com), Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican (USM), Prof. Dato’ Dr. Syed Arabi Idid (UIA), Prof. Dr. Azizah Hamzah (Universiti Malaya), Prof. Dr. Azmuddin Ibrahim (UNISEL) dan En. Mohd. Amirul Zulkifli (UiTM). Ia turut disertai 10 pelajar Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pada sesi soal-jawab bersama para hadirin, lapan peserta melontarkan soalan – Abdul Razak Abu Chik, Pengarang, Projek Khas Astro AWANI; M. Shanmugam, Specialist Editor, STAR Media Group; Dr. Nik Roskiman, Pengarah Pusat Media IKIM; Gan Ai Ling, Business Editor, TV3; Ismail Hashim, Pensyarah UNISEL; dan tiga wartawan liputan masing-masing dari Malaysiakini, BERNAMA dan Astro AWANI sebelum majlis berakhir dengan makan tengahari.

Jika tiada aral, kesemua editor, wartawan dan ahli akademik akan berkumpul semula di program Luncheon Talk seterusnya pada bulan Oktober nanti, kali ini bersama Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan Malaysia, YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus Sharif pula.

SEKITAR MAJLIS LUNCHEON TALK PENGERUSI PNB BERSAMA MEDIA

PNB Luncheon 01

Pendaftaran – Antara editor dan wartawan yang hadir mendaftar sebelum majlis bermula.

Pendaftaran – Antara editor dan wartawan yang hadir mendaftar sebelum majlis bermula.

Datuk Zakaria Abd Wahab, Ketua Pengarang BERNAMA dan Prof. Dr Azmuddin Ibrahim antara editor dan ahli akademik yang hadir.

Datuk Zakaria Abd Wahab, Ketua Pengarang BERNAMA dan Prof. Dr Azmuddin Ibrahim antara editor dan ahli akademik yang hadir.

Datuk Wong Sai Wan, Ketua Pengarang Malay Mail turut mendaftar menyertai majlis ini.

Datuk Wong Sai Wan, Ketua Pengarang Malay Mail turut mendaftar menyertai majlis ini.

Datuk Haji Izelan Basar (bersongkok), Ketua Pegawai Eksekutif Alhijrah, Dr. Nik Norma Nik Hasan, Pensyarah USM berbual dengan Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI sebelum majlis bermula.

Dato' Idris Kechot, Timbalan Presiden & Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset PNB (kiri) dan Datuk Dr. Chamil Wariya

Dato’ Idris Kechot, Timbalan Presiden & Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset PNB (kiri) dan Datuk Dr. Chamil Wariya

Dr. Sofia Hayati (berkaca mata) dan rombongannya dari USIM mendengar penuh minat penerangan Datuk Haji Izelan Basar.

Dr. Sofia Hayati (berkaca mata) dan rombongannya dari USIM mendengar penuh minat penerangan Datuk Haji Izelan Basar.

Tiga pelajar PhD bidang komunikasi/kewartawanan dari UPM turut hadir.

Tiga pelajar PhD bidang komunikasi/kewartawanan dari UPM turut hadir.

Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid (UIA) dan Dr. Shahrul Nazmi (UKM) berbual santai dengan En. Nasharudin Tajuddin, Ketua Berita TV3.

Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid (UIA) dan Dr. Shahrul Nazmi (UKM) berbual santai dengan En. Nasharudin Tajuddin, Ketua Berita TV3.

Tan Sri Abdul Wahid Omar (tengah) berbincang sesuatu dengan Datuk Dr. Chamil dan Puan Aimi Aziz, Naib Presiden Jabatan Komunikasi PNB sebelum menyampaikan ceramahnya.

Tan Sri Abdul Wahid Omar (tengah) berbincang sesuatu dengan Datuk Dr. Chamil dan Puan Aimi Aziz, Naib Presiden Jabatan Komunikasi PNB sebelum menyampaikan ceramahnya.

Dewan dipenuhi dengan tetamu yang hadir.

Dewan dipenuhi dengan tetamu yang hadir.

Para hadirin memberikan tumpuan kerana program telah pun bermula.

Para hadirin memberikan tumpuan kerana program telah pun bermula.

Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyampaikan ceramahnya dalam tiga bahagian ; i- Penjelasan mengenai jawatannya sebelum ini dalam kabinet; ii- Kisah-kisah kejayaan PNB dan iii- Pelan Strategik PNB 2017-2022.

Dato' Abdul Rahman Ahmad, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB (paling kiri) turut hadir. Di sebelah beliau ialah Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican (USM), En. Choo Joon Kian (Sin Chew Daily) dan En. Azri Atan (TV3).

Dato’ Abdul Rahman Ahmad, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB (paling kiri) turut hadir. Di sebelah beliau ialah Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican (USM), En. Choo Joon Kian (Sin Chew Daily) dan En. Azri Atan (TV3).

Dari kiri : En. Foo Tick Fatt (Nanyang Siang Pau), En. Puah You Lai (Oriental Daily). Datuk Haji Izelan Basar (Alhijrah) dan Dr. Hamisah Zaharah (UPM) sedang fokus mendengar ceramah yang disampaikan.

Dari kiri : En. Foo Tick Fatt (Nanyang Siang Pau), En. Puah You Lai (Oriental Daily). Datuk Haji Izelan Basar (Alhijrah) dan Dr. Hamisah Zaharah (UPM) sedang fokus mendengar ceramah yang disampaikan.

Gambar kiri : En. Nasharudin Tajuddin dan Cik Gan Ai Ling dari TV3 serta En Armin Azahari dari DBP adalah antara editor yang hadir. Gambar kanan : Prof. Dr. Azizah Hamzah dan Dr. Azalanshah dari Universiti Malaya sedang asyik mengambil nota.

Wartawan liputan memudahkan tugasan mereka dengan merakamkan bahan-bahan ‘slides’ Tan Sri Abdul Wahid Omar daripada ‘smart phones’..

Wartawan liputan memudahkan tugasan mereka dengan merakamkan bahan-bahan ‘slides’ Tan Sri Abdul Wahid Omar daripada ‘smart phones’.

Tan Sri Abdul Wahid Omar menjelaskan sesuatu pada sesi Soal-Jawab.

Tan Sri Abdul Wahid Omar menjelaskan sesuatu pada sesi Soal-Jawab.

Sesi Soal-Jawab : Antara editor dan ahli akademik yang bertanyakan soalan – 1. En. Abdul Razak Chik (Astro AWANI); 2. En. Shanmugam Murugasu (TheSTAR); 3. Dr. Nik Roskiman Abd Samad (IKIM); 4. En Ismail Hashim (UNISEL) dan 5. Cik Gan Ai Ling (TV3).

Sesi Soal-Jawab : Wartawan liputan dari 1. Malaysiakini, 2. Astro AWANI dan BERNAMA turut bertanyakan soalan.

Sesi Soal-Jawab : Wartawan liputan dari 1. Malaysiakini, 2. Astro AWANI dan BERNAMA turut bertanyakan soalan.

Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi PNB sebagai tanda penghargaan.

Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi PNB sebagai tanda penghargaan.

Grup Foto : Dari kiri – Datuk Zakaria Abdul Wahab, Ketua Pengarang BERNAMA; En. Farush Khan, Timbalan Editor Berita, Grup Sinar Karangkraf; Dr. Nik Roskiman, Pengarah Pusat Media IKIM; Datuk Haji Izelan Basar, Ketua Pegawai Eksekutif, Alhijrah; En. Foo Tick Fatt, Pengarang Bersekutu, Nanyang Saing Pau; Dato' Abdul Rahman Ahmad, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB; Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi PNB; En. Puah You Lai, Ketua Pengarang Oriental Daily; Pn. Marhaini Kamaruddin, Pengarang Rencana, Kumpulan Utusan; Cik Nor Faridah Abdul Rashid, Timb. Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi BERNAMA dan Cik Gan Ai Ling, Editor Bisnes, TV3. Barisan belakang, dari kiri – Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid (UIA); Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican (USM); En. Choo Joon Kian, Pengarang Berita/Media Sosial , Sin Chew Daily; En. Rozaman Ismail, Pen. Pengarang Utusan Malaysia; dan En. Shanmugam Murugasu, Specialist Editor, The STAR.

Grup Foto : Dari kiri – Datuk Zakaria Abdul Wahab, Ketua Pengarang BERNAMA; En. Farush Khan, Timbalan Editor Berita, Grup Sinar Karangkraf; Dr. Nik Roskiman, Pengarah Pusat Media IKIM; Datuk Haji Izelan Basar, Ketua Pegawai Eksekutif, Alhijrah; En. Foo Tick Fatt, Pengarang Bersekutu, Nanyang Saing Pau; Dato’ Abdul Rahman Ahmad, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB; Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi PNB; En. Puah You Lai, Ketua Pengarang Oriental Daily; Pn. Marhaini Kamaruddin, Pengarang Rencana, Kumpulan Utusan; Cik Nor Faridah Abdul Rashid, Timb. Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi BERNAMA dan Cik Gan Ai Ling, Editor Bisnes, TV3. Barisan belakang, dari kiri – Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid (UIA); Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican (USM); En. Choo Joon Kian, Pengarang Berita/Media Sosial , Sin Chew Daily; En. Rozaman Ismail, Pen. Pengarang Utusan Malaysia; dan En. Shanmugam Murugasu, Specialist Editor, The STAR.

Grup Foto : Gaya ‘free style’

Grup Foto : Gaya ‘free style’

Datuk Haji Izelan sempat merakam kenangan berswafoto dengan Tan Sri Abdul Wahid Omar di atas pentas sambil diperhatikan Dr. Nik Roskiman.

Datuk Haji Izelan sempat merakam kenangan berswafoto dengan Tan Sri Abdul Wahid Omar di atas pentas sambil diperhatikan Dr. Nik Roskiman.

Tan Sri Abdul Wahid Omar dikerumuni wartawan liputan sebaik selesai grup foto.

Tan Sri Abdul Wahid Omar dikerumuni wartawan liputan sebaik selesai grup foto.

PNB Luncheon 26

Program luncheon talk diakhiri dengan menjamu selera makan tengahari di Restoran Cina “Treasure”.

Program luncheon talk diakhiri dengan menjamu selera makan tengahari di Restoran Cina “Treasure”.

Tan Sri Abdul Wahid Omar masih meluangkan masa berbual dengan Datuk Dr. Chamil Wariya dan Prof. Dr. Azmuddin Ibrahim walaupun makan tengahari telah selesai.

Tan Sri Abdul Wahid Omar masih meluangkan masa berbual dengan Datuk Dr. Chamil Wariya dan Prof. Dr. Azmuddin Ibrahim walaupun makan tengahari telah selesai.