MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2017 : GALERI FOTO

Malam Wartawan Malaysia 2017 merupakan acara tahunan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) yang senantiasa dinanti-nantikan penganjurannya baik oleh pengamal media sendiri mahupun rakan-rakan korporat; kementerian dan agensi di bawahnya telah berlangsung dengan penuh meriah pada 21 April yang lalu bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Majlis yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada karya-karya kewartawanan terbaik sepanjang tahun 2016 menerusi Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2016 (HKM MPI PETRONAS 2016) turut dihadiri oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri YABhg Datin Sri Rosmah Mansor sebagai tetamu kehormat.

Turut sama hadir menyokong penganjuran majlis MPI itu ialah YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak penaung Malam Wartawan Malaysia 2017 yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Turut sama kelihatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Ketua Setiausaha KKMM, Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah pada malam tersebut.

Terima kasih kepada semua yang menyokong penganjuran Malam Wartawan Malaysia 2017, semoga sokongan ini akan berterusan pada tahun akan datang.

Kepada pengamal media tempatan, tambahkan keghairahan dan lipatgandakan usaha anda menghasilkan karya-karya kewartawanan berkualiti tinggi sepanjang tahun 2017 untuk dihakimi.

Anda berani,kami sedia menanti!

 

1. Pendaftaran para tetamu

2. Tetamu Kehormat

3. Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2016

4. Hiburan

5. Wajah-wajah pemenang