Malam wartawan: MPI terima sumbangan RM642,000.00

Kuala Lumpur, 16 Mac – Malaysian Press Institute hari ini menerima sumbangan dan penajaan sebanyak RM 642,000.00 bagi menjayakan Malam Wartawan Malaysia yang akan diadakan pada 30 Mac 2012 di Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur.

Sumbangan dan tajaan ini disampaikan pada majlis penyerahan cek yang berlangsung di sini pagi ini.

Seramai 51 orang wakil badan korporat dan agensi kerajaan hadir menyerahkan sumbangan dan penjaan masing-masing pada majlis tersebut.

MPI diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chamil Wariya untuk menerima sumbangan dan tajaan.

Malam Wartawan Malaysia 2012 adalah majlis tahunan anjuran MPI yang diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada para wartawan cemerlang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS bagi tahun 2011.

Anugerah ini menawarkan wang tunai sebanyak RM 300,000.00 tajaan PETRONAS. Sebanyak 12 kategori genre produk atau karya kewartawanan dipertandingkan. Pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang RM 15,000.00 manakala penyertaan terbaik HKM akan dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Kajai, bakal menerima hadiah RM 30,000.00 dan sekeping syiling emas seberat 100 gram.

Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak adalah tetamu kehormat malam tersebut yang dijangka dihadiri oleh 800 orang tetamu sebahagian besarnya wartawan dan sahabat korporat MPI.

Senarai penaja dan penyumbang adalah seperti berikut :

Penaja:

1Malaysia Development Berhad

Affin Bank Berhad

Ambank Group

Bank Kerjasama Rakyat

Bank Simpanan Nasional

Berjaya Corporation Berhad

Celcom Axiata Berhad

CIDB Malaysia

CIMB Investment Berhad

Ekuiti Nasional Berhad

Felda Holding Berhad

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

ISWAMI

Kementerian Pertahanan

KFC Holding (M) Bhd

Kuwait Finance House

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Lembaga Tabung Haji

Malayan Banking Berhad

Malaysia Airport Holding Bhd

Malaysia Building Society Berhad (MBSB)

Maxis Mobile Services Sdn Bhd

NCB Holding Sdn Bhd

Padiberas Nasional Berhad

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Permodalan Nasional Berhad

Pos Malaysia Berhad

Proton Holding Berhad

Shell (M) Limited

SME Bank

Syarikat Prasarana Negara Berhad

Technology Park (M) Corporation Sdn Bhd

UEM Group Berhad

Penyumbang:

Aeon Co. (M) Bhd

CNI Holdings Berhad

Dewina Food Industries Sdn Bhd

Khairul A. & Co.

Pejabat Kementerian Kewangan II

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

Pejabat Menteri Besar Sabah

Pejabat Menteri Besar Selangor

Pejabat Menteri Besar Terengganu

Perkeso

PLUS Expressways Berhad

Public Bank Berhad

Putrajaya Holdings Sdn Bhd

Unilever (M) Holdings Sdn Bhd

 

Tags :