Malaysia Airports Holdings Berhad – Media Relations Training

Kursus ‘customised’  MPI awal tahun 2019 dimulakan dengan ‘Media Relations Training’ untuk melatih pengurusan kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menjadi jurucakap berkesan dan teknik menjalin hubungan baik dengan media pada  28 Januari lalu di Hotel Sama-Sama, KLIA Sepang.

Bengkel tersebut telah dibimbing oleh personaliti TV tersohor, Puan Yusanani Yushak yang pernah berkhidmat sebagai penyampai Buletin Utama TV3 dan Datuk Wong Sai Wan, Ketua Pengarang Kumpulan, Malay Mail.

Seramai sepuluh pengurus kanan MAHB mengambil bahagian dalam kursus sehari ini iaitu : Puan Suradini Abdul Ghani, SGM Guest Advocacy; En. Mohammad Nazli Abdul Aziz, SGM Commercial Services; En. Azman Shah Mohamed, SGM Human Resources; En. Mohammad Suhaimi Abdul Mubin, SGM MA Sepang; Puan Nik Anis Nik Zakaria, GM Corporate Communications; En. Kamaruzzaman Razali, GM MASB; En. Mohd. Nazim Hashim, AM Penang; En. Sunif Naiman, AM Kota Kinabalu; En. Jefry Ramli, AM, Langkawi; dan En. Jun Iskandar Murshidi, AM Kuching.

Selama sehari berkursus secara intensif, mereka telah didedahkan dengan selok belok tampil berwibawa apabila ditemuramah oleh wartawan televisyen, membina reputasi organisasi dan bagaimana untuk mengendalikan media apabila berhadapan dengan krisis.

Pengurusan kanan MAHB yang menyertai Kursus Perhbungan Media bergambar dengan Puan Yusanani Yushak, pengajar sesi “Video and Visual Communication – Theory & Practical”. Duduk dari kiri : Pn. Ayu Jamil, Pn. Nik Anis Nik Zakaria, En. Mohammad Nazli Abdul Aziz, En. Mohammad Suhaimi Abdul Mubin, Pn. Suradini Abdul Ghani, En. Kamaruzzaman Razali. Berdiri dari kiri : Cik Kellyn, Cik Ariana, En. Jun Iskandar, En. Mohd. Nadzim Hashim, Cik Nurul Fatin, En. Jefry Ramli dan En. Sunif Naiman.

Pengurusan kanan bergambar kenangan dengan pengajar sesi kedua “Establishing A Lasting Relationship with the Media”, Datuk Wong Sai Wan, Ketua Pengarang Kumpulan Malay Mail. Duduk dari kiri : Cik Ariana, Pn. Ayu Jamil, Pn. Nik Anis Nik Zakaria, Pn. Suradini Abdul Ghani, Cik Kellyn, Berdiri dari kiri : En. Azman Shah Mohamed, En. Kamaruzzaman Razali, En. Jefry Ramli, En. Sunif Naiman, En. Mohammad Nazli Abdul Aziz, En. Mohd. Nadzim Hashim, En. Jun Iskandar dan Cik Nurul Fatin.

 

Sekitar sesi praktikal temuramah berhadapan dengan kamera  –  Puan Yusanani memberi tunjuk-ajar tatacara yang betul kepada para peserta.

 

Para peserta memberi tumpuan pada sesi  kedua “Establishing A Lasting Relationship with the Media” disampaikan oleh Datuk Wong Sai Wan.