Anugerah Media Kesihatan 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Anugerah Media Kesihatan 2016 anjuran Kementerian Kesihatan kini telah dibuka untuk penyertaan mulai 2 Mei 2016.

Para wartawan, karyawan atau penerbit dari mana-mana pertubuhan media, layak menyertai anugerah ini di mana terdapat 19 kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.

Pada tahun ini Anugerah Wartawan Kesihatan Terbaik Televisyen mula dibuka kepada 4 bahasa  iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Juga terdapat penambahan satu kategori iaitu Anugerah Promo Kesihatan Terbaik – Televisyen .

Pihak MPI mengalu-alukan penyertaan para karyawan media dimana karya-karya yang diterbit dari 1 Jan 2015 sehingga 30 Jun 2016 untuk dipertandingkan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Julai 2016.

Penyampaian anugerah kepada para pemenang akan diadakan pada Majlis Anugerah Media yang dijadualkan pada pertengahan bulan September 2016. Tarikh tepat masih belum ditentukan.

Berikut adalah pautan untuk muat turun, lihat ataupun simpan  :

Borang Penyertaan
Kriteria & Kategori Pencalonan Bahan

Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media Kesihatan, En. Salman di talian 03-20952013 / 14 atau e-mail bukitledangmpi@yahoo.com .