Media mainkan peranan penting dalam kewartawanan keamanan

Media memainkan peranan penting dalam memupuk keamanan, mengelakkan konflik, kesiapsediaan menghadapi bencana, bantuan kemanusiaan dan juga menentang penyebaran salah maklumat, sebagai sebahagian daripada ‘kewartawanan keamanan’.

Oleh sebab itu, Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur telah mengadakan Bengkel Peranan Media dalam membuat Liputan Kerjasama Keselamatan di Hotel Hilton Kuching, Sarawak yang merupakan satu forum untuk wartawan Malaysia membina satu pemahaman umum mengenai prinsip-prinsip utama dalam melaksanakan operasi keselamatan dan mempromosikan penglibatan bersama serantau.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 April 2019 mengadakan tujuh sesi ceramah dan lawatan media ke USNS Fall River di Pending bersempena dengan Pacific Partnership 2019 pada hari keduanya. Lima penceramah yang dibawa kali ini adalah daripada Malaysia dan Amerika Syarikat.

Bengkel yang dirasmikan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir itu dihadiri 21 wartawan mewakili 17 pertubuhan berita dari seluruh negara temasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), New Straits Times, Utusan Malaysia, Utusan Sarawak, The Borneo Post, Jabatan Penerangan Sarawak, New Sarawak Tribune, Suara Sarawak, Rakan Sarawak, RTM Sarawak, Daily Express, RTM Sabah, New Sabah Times, Majalah Perajurit, Asian Defence Journal, Malaysia World News & Benarnews.

Bengkel yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada wartawan Malaysia dengan forum bagi menilai dan membincangkan amalan terbaik dalam membuat liputan mengenai keselamatan, pertahanan, bencana dan bantuan kemanusiaan di seluruh Asia Tenggara.

Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sekitar dua hari berkursus.

1. Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif, MPI dan Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia mendengar soalan yang diajukan oleh para peserta semasa majlis perasmian bengkel.

2. Gambar kiri: Datuk Dr. Chamil menyerahkan plaque kepada Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir, Gambar kanan: Datuk Dr. Chamil menerima buku daripada Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir dimajlis perasmian.

3. Para peserta dan penceramah bergambar kumpulan bersama Duta Besar Amerika Syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI sebaik acara majlis perasmian berakhir.

4. Sebahagian peserta yang hadir sedang khusyuk mendengar ucapan perasmian oleh Duta Besar Amerika Syarikat Kamala Shirin Lakhdhir.

5. Penceramah dari Amerika Syarikat, Mr. Robert (Bob) Jensen memulakan sesi ceramah pertama dan diberi 3 slot untuk menyampaikan sesi beliau di kursus tersebut.

6. Dr. Farizal bin Mohd Razalli, Pensyarah Program Strategi, UKM berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menanggani isu keselamatan dari perspektif ahli akademik.

7. Wakil dari National Disaster Management Agency Malaysia (NADMA), Dr. Jafri Abdul Jalil, Pengarah Divisyen Koordinasi Operasi menerangkan bagaimana agensi tersebut berfungsi dalam menanggani bencana.

8. Cdr. Sean Riordan, askar Amerika Syarikat berpengkalan di Singapura berkongsi pengalaman beliau dalam aspek keselamatan bersama para peserta kursus.

9. Wartawan yang berpengalaman luas dalam melaporkan isu-isu terrorism, security, conflict & defence berkongsi pengalaman beliau semasa membuat liputan bagi isu-isu tersebut bersama para peserta kursus dihari kedua.

10. Peserta kursus bergambar dihadapan USNS Fall River di Pending bersempena Pacific Partnership 2019 semasa lawatan ke kapal tersebut.