Kursus
MEDIA WORKSHOP ON CHILDREN’S RIGHTS & DISABILITY IN MALAYSIA

MEDIA WORKSHOP ON CHILDREN’S RIGHTS & DISABILITY IN MALAYSIA

Pengalaman Menemuramah Keluarga Kanak-Kanak Kurang Upaya merupakan salah satu slot di dalam bengkel sehari yang akan diadakan di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu Sabah.

Dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) Malaysia, satu bengkel bertajuk “Media Workshop on Children’s Rights & Disability in Malaysia” akan diadakan pada Khamis, 27 Julai 2017.

Bengkel sehari ini bertujuan untuk melengkapkan pengamal media di Malaysia dengan kemahiran untuk menghasilkan laporan yang tepat, relevan dan menarik yang boleh membawa isu-isu orang kurang upaya terutamanya kanak-kanak kurang upaya, hak mereka untuk menjalani kehidupan yang bermaruah iaitu bebas daripada diskriminasi, hak untuk hidup dalam pembangunan dan diberi perlindungan yang betul dan hak untuk didengar kepada pengetahuan orang ramai dalam melindungi kanak-kanak dan hak-hak mereka di dalam media.

Diharap dengan mengikuti bengkel ini, para peserta akan dapat menghasilkan laporan berita, rencana dan gambar berserta kapsyen menarik bagi menyedarkan masyarakat di luar sana bahawa Orang Kurang Upaya ini juga merupakan manusia biasa supaya mereka dapat menjalani kehidupan normal seperti manusia lain.

Sehubungan itu, MPI mempelawa pertubuhan media Datuk / Tuan / Puan menyertai bengkel ini dengan mengemukakan nama-nama wartawan / wartawan kanan khususnya dari meja am, rencana, majalah atau mana-mana wartawan yang berminat dengan mengembalikan borang penyertaan yang dilampirkan melalui faksimili / email sebelum Isnin, 17 Julai 2017.

Pihak penganjur menyediakan minum pagi, makan tengah hari dan minum petang semasa berbengkel. Bagi peserta yang tinggal diluar Kota Kinabalu, penginapan akan disediakan tetapi ianya bergantung kepada ‘siapa cepat dia dapat’ dan ianya adalah terhad. Tiada  yuran penyertaan dikenakan. 

Bersama ini disertakan tentatif program dan borang penyertaan untuk makluman.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk memahami dengan lebih dekat lagi mengenai hak kanak-kanak kurang upaya di Malaysia untuk memupuk amalan positif dan tidak melapor kejadian sensasi kepada kanak-kanak kurang upaya ini.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Puan Fiza / Puan Ambia ditalian 03-2095 2013/14 dan email ke norhafiza_mpi@yahoo.com / ambia_mpi@yahoo.com / trainingmpi2945@gmail.com.