MPI ANJUR KURSUS “NARRATIVE JOURNALISM” BERSAMA JANET STEELE

Malaysian Press Institute (MPI) menganjurkan kursus Narrative Journalism pada 13 April 2017 di Bilik Latihan MPI Kuala Lumpur dikendalikan oleh pensyarah kewartawanan sebuah universiti di Amerika Syarikat, Profesor Madya Dr. Janet Steele.

Lima belas (15) orang pengamal media dari beberapa organisasi media telah mengikuti program sehari bertema Memanfaatkan Kuasa Bercerita yang diadakan di Kabin Latihan MPI Kuala Lumpur.

Antaranya (9) sembilan wartawan/editor dari Star Media Group, (2) dua pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), (2) wartawan dari BERNAMA dan masing-masing seorang dari KOSMO! dan Utusan Malaysia.

Janet E. Steele ialah pensyarah kewartawanan berpengalaman di peringkat antarabangsa dan pernah dianugerahkan Fulbright Lecturing Award oleh The American Studies Center, Universiti Indonesia, Jakarta atas usaha beliau mengajar dan memberi ceramah-ceramah kursus di Institusi-institusi pendidikan di Indonesia dan beberapa tempat lain.

Penolong Pengurus Latihan MPI, Norhafiza Kamaluddin memberitahu kursus kewartawanan naratif itu diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para wartawan dalam meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan teknik penulisan secara naratif.

Menurut beliau: “Tumpuan diberikan kepada gaya penulisan naratif di akhbar dan peserta diberi beberapa contoh penulisan naratif berkualiti dari akhbar di Amerika Syarikat dan Indonesia.

“Peserta telah berbincang tentang bagaimana teknik bercerita boleh digunakan untuk melibatkan diri pembaca baharu dan mengekalkan pembaca yang lama.

“Peserta juga berbincang bagaimana mencari cerita disebalik cerita untuk menjadikan ianya lebih menarik untuk dibaca oleh pembaca.”

Berikut merupakan gambar-gambar semasa sesi sehari tersebut.

JanetSteele MPI 011. Mr Drake Weisert, Press & Political Officer, U.S. Embassy Kuala Lumpur menyampaikan sepatah dua kata sebelum sesi bermula.

JanetSteele MPI 022. Ms Janet Steele semasa menyampaikan ceramah beliau di Kabin Latihan MPI, Kuala Lumpur.

JanetSteele MPI 033. Antara peserta yang hadir sedang bertanyakan soalan kepada Ms Janet.

JanetSteele MPI 044. Para peserta bergambar beramai-ramai bersama penceramah, Ms Janet (lima dari kiri) sebaik sahaja kursus berakhir.