MPI release
MPI  anjur majlis persaraan Ahli Majlis Pentadbir

MPI anjur majlis persaraan Ahli Majlis Pentadbir

Kepelbagaian dalam menghargai seseorang tidak terbatas kepada ucapan terima kasih, pemberian hadiah atau penganjuran majlis baik secara kecil, sederhana atau mewah. Tetapi hubungan yang berterusan selepas fasa perpisahan singkat adalah lebih kuat dan sangat menyenangkan.

MPI juga tidak terkecuali dan mengambil peluang untuk menyatukan semula ahli majlis pentadbir yang telah bersara dalam perkhidmatan dengan MPI dalam satu majlis makan tengah hari di Fuze Restaurant, The Everly Hotel, Putrajaya.

Majlis diadakan sejurus tamat mesyuarat Ahli Majlis Pentadbir.

Mereka yang diraikan adalah Dr. T. Selva (mantan The Star), Dato’ Sri Ibrahim Abdul Rahman (mantan Jabatan Penerangan Malaysia), Datuk Zakaria Abd Wahab (mantan BERNAMA) dan Tuan Haji Ainol Amriz Ismail (mantan Utusan Malaysia).

Dalam ucapan ringkas tetamu yang diraikan, masing-masing merakamkan penghargaan kepada MPI kerana menjemput dan mengadakan majlis meraikan dan mengalu-alukan sebarang bantuan sekiranya diperlukan oleh MPI pada masa-masa akan datang.

Selain ahli majlis pentadbir, turut sama diundang ke majlis tersebut adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI iaitu Datuk Yong Soo Heong, Datuk Mustapa Omar dan Dr. Mohd Safar Hasim.

Puan Ida mewakili MPI menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih kepada keempat-empat individu yang diraikan kerana senantiasa membantu, menyokong malah memudahcara penganjuran pelbagai program anjuran MPI. Tambahnya, “kami di MPI mendoakan agar ahli majlis pentadbir diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usianya serta berjaya dalam apa jua lapangan bidang yang akan dilakukan”.

Untuk rekod, Dr. T. Selva antara ahli senior yang merekodkan tempoh perkhidmatan paling lama bermula  2008 – 2017. Manakala Dato’ Sri Ibrahim dan Datuk Zakaria menyertai MPI mulai 2014 – 2019, Tuan Haji Ainol pula pada 2016 – 2018. Dato’ Sri Ibrahim juga memegang portfolio sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah pada 2015 sehingga 2018.

Duduk dari kiri : Tuan Haji Ainol, Dato’ Sri Ibrahim, Datuk Zakaria dan Dr. T. Selva.

Berdiri dari kiri : Datuk Yong Soo Heong, Encik Azri, Dato’ Sukari, Datuk Mustapa, Datuk Dr. Chamil, Puan Sri Diah, Dr. Mohd Safar, Datuk Zulkefli dan Encik Azizi.

Tiada dalam gambar : Datuk Mokhtar, Encik Choo Joon Kian dan Encik Foo Tick Fat.