MPI dan IJS jalin kerjasama majukan bidang kewartawanan

Malaysian Press Institute (MPI) dan Institute Journalism Studies (IJS), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersetuju untuk mengadakan kerjasama dalam memajukan bidang kewartawanan di Malaysia.

Tiga bidang telah dikenal pasti untuk menjalin kerjasama itu adalah dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan penganjuran seminar.

Butiran terperinci bentuk program yang akan dilaksanakan bagi mengisi kerjasama dalam tiga bidang itu akan diperhalusi kemudian.

MPI dan IJS berharap dapat menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) untuk merealisasikan kerjasama itu dalam waktu terdekat.

Persetujuan untuk mengadakan kerjasama itu  dicapai dalam pertemuan antara MPI dan IJS yang diadakan di MPI pada 20 November 2014.

Rombongan IJS pada pertemuan yang berlangsung di pejabat MPI itu diketuai oleh pengarahnya, Encik Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli.

Turut serta ialah Felo IJS yang juga pensyarah kanan (kewartawanan) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Dr. Siti Zabedah Mohd Shariff dan tiga ahli IJS iaitu  Encik Norsham Firdaus, Encik Ahmad Farami Abdul Karim dan Puan Wan Admiza Wan Hassan.

Pada pertemuan itu MPI diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chamil Wariya, Pengurus Hal Ehwal Korporat, Puan Norlida Jamian, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Nuzatul Shima Sulaiman dan Penolong Pengurus Latihan, Puan Norhafiza Kamaluddin.

1. Dr. Siti Zabedah Mohd Shariff.

2. Encik Norsham Firdaus.

3. Encik Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli.

4. Encik Ahmad Farami Abdul Karim.

5. Puan Wan Admidza Wan Ahli.

6. Rombongan Institute Journalism Studies (IJS) bergambar kenangan dengan Chamil (empat dari kanan, berbaju biru) selepas menamatkan perbincangan.

7. Pegawai MPI yang menyertai perbincangan dengan IJS. Dari kanan: Chamil, Norlida Jamian, Norhafiza Kamaluddin dan Nuzatul Shima Sulaiman.

8. Rombongan IJS pula terdiri daripada (dari kanan) Ahmad Farami, Mohd Amirul, Norsham, Dr. Siti Zabedah dan Wan Admiza Hassan.