MPI dan Mahkamah Persekutuan anjur luncheon talk Ketua Hakim Negara

Malaysian Press Institute dengan kerjasama Mahkamah Persekutuan akan mengadakan luncheon talk bersama Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Raus Sharif pada 10 Oktober 2017.

Persetujuan untuk menganjurkan majlis itu dicapai pada pertemuan antara Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya pada mesyuarat dengan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Dato’ Sri Latifah Haji Mohd Tahar.

Turut serta pada mesyuarat selama satu jam itu ialah Puan Norlida Jamain, Pengurus Kanan Operasi dan Korporat; serta Puan Nuzatul Shima Sulaiman, Pengurus Pembangunan dan Pemasaran; dan barisan kepimpinan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Selain mengadakan luncheon talk bertema Peranan Mahkamah Dalam Menegakkan Keadilan, pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan juga bersetuju untuk menganjurkan bengkel mengenai media dan undang-undang – perspektif mahkamah.

Dalam ucapan alua-aluan menyambut kedatangan rombongan MPI, Dato’ Sri Latifah menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh MPI bagi menganjurkan dua program tersebut dan beliau percaya ianya bakal memberi nilai tambah kepada pengamal media tempatan khususnya mengenai media dan undang-undang.

Menurut beliau selain itu ia juga mendedahkan kepada pengamal media mengenai kegiatan teras lebih 300 mahkamah di negara ini dalam mengendalikan kes-kes yang dibawa ke pelbagai peringkat mahkamah di samping memahami secara lebih baik konsep pengasingan kuasa antara pihak judisiari, legislatif dan eksekutif.

Program Luncheon Talk bersama Ketua Peguam Negara dijangka dianjurkan pada 10 Oktober 2017 merupakan satu platform terbaik untuk pengamal media tempatan mendapat pencerahan, transformasi badan kehakiman juga maklumat terkini berkait dengan institusi kehakiman dan perundangan negara.

MPI juga mencadangkan penganjuran Bengkel Media dan Undang-Undang bakal menyentuh beberapa topik antaranya fungsi dan peranan mahkamah; akta dan perundangan; penggunaan glosari perundangan yang tepat dalam penghasilan laporan berita.

Beberapa contoh kes mahkamah juga akan digunakan sebagai “case study” bagi memberikan gambaran sebenar tentang proses penghakiman dan justifikasi yang digunakan sebelum keputusan dibuat oleh hakim.

Bengkel ini juga diharapkan dapat membantu pengamal media untuk mengambilkira beberapa faktor yang berkait dengan pelbagai akta sebelum pelaporan berita diterbit dan disiarkan bagi mengelakkan disaman oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

Rangkuman gambar-gambar:

1. Dato’ Sri Latifah mengalu-alukan kerjasama antara MPI dan Mahkamah Persekutuan bagi penganjuran dua program yang dicadangkan.
1. Dato’ Sri Latifah mengalu-alukan kerjasama antara MPI dan Mahkamah Persekutuan bagi penganjuran dua program yang dicadangkan.
2. Barisan kepimpinan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang turut hadir pada perbincangan dari kiri Datuk Haji Aslam Zainuddin (Pendaftar Mahkamah Tinggi Melayu); Puan Sabariah Othman (Timbalan Ketua Pendaftar II –Operasi); Tuan Azhaniz Teh Azman Teh (Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat); Puan Junaidah Nor Wan Idris (Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan Kapasiti Kehakiman) dan para pegawai yang lain.

3. Rombongan MPI turut dibawa melawat ke Muzium Mahkamah yang terletak di aras lobi di dalam bangunan Istana Kehakiman sambil diberi penjelasan oleh Tuan Azhaniz.
3. Rombongan MPI turut dibawa melawat ke Muzium Mahkamah yang terletak di aras lobi di dalam bangunan Istana Kehakiman sambil diberi penjelasan oleh Tuan Azhaniz.