MPI dan Taylor’s University Anjur Forum Media dan Kewartawanan Kebangsaan 2019

MPI dan Taylor’s University akan berpadu tenaga untuk menganjurkan Forum Media dan Kewartawanan Kebangsaan 2019 yang dijadualkan  berlangsung pada 25 September 2019.

Kata sepakat dicapai pada pertemuan MPI dengan pensyarah Pusat Pengajian Komunikasi universiti tersebut di pejabat MPI pada 16 Oktober lalu.

Dalam perbincangan tersebut Taylor’s University diwakili oleh Prof. Dr. Samsudin Abdul Rahim dan Dr. Ali Salman, mewakili ketua pusat pengajian universiti tersebut, Dr. Latiffah Pawanteh.

Isu-isu semasa kewartawanan dan media yang akan dibicarakan dalam forum tersebut akan ditentukan kemudian. Di bawah kerjasama itu, Taylor’s University iaitu sebuah pusat pengajian swasta terkemuka di Negara ini akan menyediakan venu dan kemudahan lain yang terdapat di kampus universiti berkenaan di Subang Jaya.

MPI pula akan mendapatkan para peserta yang terdiri daripada para wartawan kanan dan ahli-ahli akademik serta para pelajar kewartawanan di IPTA. Selain itu, para pelajar komunikasi dari Taylor’s University akan turut menjadi peserta forum tersebut.

Forum Media dan Kewartawanan Kebangsaan merupakan program tahunan anjuran MPI diperkenalkan pada tahun 2011 yang pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

 

1. Datuk Chamil memberi taklimat kepada perwakilan Taylor’s University.
2. Gambar Kenangan. Dari kiri : Norhafizah Kamaludin, Nur Ramizah Abdul Aziz, Datuk Dr. Chamil Wariya, Prof. Dr. Samsudin Abdul Rahim dan Dr. Ali Salman.