MPI DILANTIK ANJUR KURSUS INFOGRAFIK UNTUK PENGANALISIS RAM

Mengubah teks dan data ke dalam bentuk Infografik bukanlah satu kerja yang mudah. Menyedari hakikat itu, RAM Holdings Berhad (dahulunya dikenali sebagai Rating Agency Malaysia Berhad) mendapatkan khidmat Malaysian Press Institute (MPI) menganjurkan satu kursus Infografik khusus untuk penganalisisnya.

Kursus yang dinamakan sebagai “INFOGRAPHIC 101 PROGRAM” telah diadakan pada 31 Oktober 2017 di Pejabat RAM Holdings Berhad, Mid Valley City, Kuala Lumpur.

Seramai 15 orang penganalisis dari organisasi tersebut menghadiri kursus yang dikelolakan oleh Encik Tung Eng Hwa, Pengurus Kanan, Seni dan Rekabentuk Editorial, Star Publications (M) Berhad.

Tujuan utama penganjuran bengkel ini untuk mendedahkan dan memberi garis panduan kepada para peserta tentang penggunaan kaedah maklumat grafik sebagai penyampaian fakta kepada audiens. Kaedah yang sama juga boleh digunakan sebagai siaran akhbar, brosur/poster, risalah atau persembahan maklumat dalam bentuk digital dan sebagainya.

Penceramah menggunakan aplikasi “Piktochart” untuk membimbing para peserta secara praktikal terus ke dalam bentuk grafik. Elemen gambar dan laman web yang sedia ada di dalam aplikasi tersebut juga dijadikan panduan bagi membantu para peserta mendapatkan lebih banyak idea-idea baharu seterusnya menghasilkan infografik yang terbaik.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang kursus berlangsung:

RAM Infographic 01

1. Antara penganalisis yang hadir untuk “Infographic 101 Program” anjuran bersama MPI & RAM.

RAM Infographic 02

2. Penceramah sedang menerangkan jenis-jenis grafik yang sesuai dan mudah untuk digunakan.

RAM Infographic 03

3. Para peserta sedang khusyuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh penceramah.