MPI rancang 15 program latihan untuk 2013

Malaysian Press Institute (MPI) merancang untuk menganjurkan 15 program latihan khusus untuk golongan wartawan dan pengamal perhubungan komunikasi korporat sepanjang 2013.

Membuka jendela latihan itu ialah penganjuran program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia yang akan diadakan pada Januari di bangunan MPI di Kuala Lumpur.

MPI International Journalism Fellowship (IJF) khusus untuk wartawan muda dunia membangun akan diadakan pada September.

Kedua-dua program itu dibiayai oleh satu peruntukan khas yang disalurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Disember 2012.

Setiap program akan mengambil 20 orang peserta.

Selain mengekalkan kursus teras MPI, antaranya Perhubungan Media, pihak Institut akan memperkenalkan satu kursus baru buat pertama kalinya tahun depan iaitu Bengkel Desain Infografik. Kursus dua hari ini akan dibimbing oleh seorang pengajar bidang desain infografik dari India.

MPI juga akan bekerjasama dengan Keduataan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk menganjurkan bengkel tentang pemerdagangan manusia pada Februari 2013 di Kota Bharu, Kelantan khusus untuk para wartawan di pantai timur dan utara Semenanjung. Dua program seumpamanya telah diadakan sebelum ini untuk memberi penerangan kepada wartawan tempatan tentang isu-isu berkaitan pemerdagangan manusia. Bengkal pertama diadakan di Kuala Lumpur dan kedua di Kota Kinabalu, Sabah.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus-kursus yang dianjurkan oleh MPI sila hubungi:

Puan Maimunah Rashid,

Konsultan Latihan dan Pembangunan MPI,

atau Puan Fiza,

Eksekutif Latihan MPI,

Tel: +603 2095 2013/2014.

Atau layari: http//www.mpi.my

Tekan sini untuk kalendar kursus MPI.