MPI release
MPI TERIMA PENGHARGAAN SPRM

MPI TERIMA PENGHARGAAN SPRM

MPI adalah antara organisasi yang diberi penghargaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada majlis Malam Apresiasi Media 2019 anjuran suruhanjaya tersebut pada 1 November 2019.

Plak penghargaan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah SPRM, YBhg. Puan Latheefa Koya kepada Ketua Pegawai Eksekutif MPI, YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya.

Turut menerima penghargaan pada malam tersebut ialah semua organisasi media Malaysia termasuk Sinar Harian, Berita Harian, New Straits Times Press, TV3, TV9, TV AlHijrah, Utusan Malaysia, The Star, The Sun, Malay Mail, Nanyang Siang Pau, The China Press, portal Astro Awani, Malaysia Kini, The Malaysian Reserve, Malaysian Insight dan lain-lain.

Puan Latheefa Koya dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada komuniti wartawan Malaysia dan organisasi yang diwakili mereka kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM dalam usaha memerangi rasuah di Negara ini.

Beliau berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana memerangi rasuah adalah penting bagi memastikan Negara Malaysia bersih daripada amalan-amalan korup yang boleh membawa kehancuran kepada Negara.

Rangkuman gambar: