Anugerah Media MSOSH 2019

Dalam usaha untuk memupuk kesedaran keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja yang terjamin di tempat kerja, The Malaysian Society for Occupational Safety & Health (MSOSH) dan Malaysian Press Institute (MPI) memperkenalkan satu anugerah media baharu iaitu Anugerah Media MSOSH 2019 bagi mengiktiraf karya-karya kewartawanan berkait dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

PosterMsoshMediaAward2019

Untuk makluman, KKP lebih sering dikenali dalam istilah Bahasa Inggeris iaitu Occupational Safety And Health (OSH).

Wang hadiah yang berjumlah RM 12,000 untuk dimenangi bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori media cetak & portal berita dan kategori media penyiaran televisyen & video dalam talian.

Penyertaan hanya terbuka pada karya berbahasa Melayu & Inggeris.

Bagi karyawan media yang ingin mengetengahkan karya-karya mengenai KKP yang diterbit atau disiar antara 1 Januari 2018 hingga 30 Mei 2019 , bolehlah terlebih dahulu lihat atau muat turun borang dan syarat penyertaan yang tertera berikut :

Borang Penyertaan Anugerah Media MSOSH 2019

Syarat Penyertaan Anugerah Media MSOSH 2019

Tarikh tutup penyertaan adalah 13 Jun 2019. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

Maklumat lanjut mengenai organisasi/jabatan yang menyelia dan memantau bidang keselamatan dan kesihatan perkerjaan, boleh tekan pada pautan berikut :

The Malaysian Society for Occupational Safety and Health – https://www.msosh.org.my

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman di talian 03 – 8689 2717 / 2718 atau e-mail bukitledangmpi@yahoo.com .