Anugerah Media MSOSH 2020

Setelah pihak kerajaan melonggarkan syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebahagian besar aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi, kini The Malaysian Society for Occupational Safety & Health (MSOSH) dan Malaysian Press Institute (MPI) menyambung semula penganjuran Anugerah Media MSOSH edisi kedua.

Anugerah ini bertujuan bagi mengiktiraf karya-karya kewartawanan berkait dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori media cetak & portal berita dan kategori media penyiaran televisyen & video dalam talian. Sejumlah RM 12,000 ditawarkan kepada pemenang-pemenang anugerah.

Penyertaan hanya terbuka pada karya berbahasa Melayu & Inggeris.

Bagi karyawan media yang ingin mengetengahkan karya-karya mengenai KKP yang diterbit atau disiar antara 1 Jun 2019 hingga 31 Oktober 2020 , bolehlah terlebih dahulu lihat atau muat turun borang dan syarat penyertaan yang tertera berikut :

Borang Penyertaan Anugerah Media MSOSH 2020

Syarat Penyertaan Anugerah Media MSOSH 2020

Tarikh tutup penyertaan adalah 30 November 2020. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

Maklumat lanjut mengenai organisasi/jabatan yang menyelia dan memantau bidang keselamatan dan kesihatan perkerjaan, boleh tekan pada pautan berikut :

The Malaysian Society for Occupational Safety and Health – https://www.msosh.org.my

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman di talian 03 – 8689 2717 / 2718 atau e-mail bukitledangmpi@yahoo.com .