MWM 2013: MPI terima sumbangan RM650,000.00

Malaysian Press Institute (MPI) menerima sumbangan RM650,000.00 bagi menjayakan Malam Wartawan Malaysia 2013 yang diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia 2012. Majlis akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ketiga belas selesai.

Satu majlis khas penyerahan sumbangan telah diadakan pada 17 April 2013 di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

38 wakil badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan hadir untuk menyampaikan sumbangan dan tajaan masing-masing. Keseluruhan sumbangan dan penajaan bernilai RM350,000.

Penaja Hadiah Kewartawanan Malaysia iaitu PETRONAS telah menyerahkan cek bernilai RM300,000.00 sebagai hadiah kepada para pemenang HKM. Tajaan PETRONAS disampaikan oleh Encik Azman Ibrahim, Pengurus Kanan Kumpulan Bahagian Perhubungan Media syarikat minyak negara itu.

Pada majlis yang sama, wakil Sime Darby Plantation, Izad Haji Raya, menyampaikan sumbangan RM20,000.00. PERODUA pula menyumbang RM15,000.00.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya telah menerima sumbangan bagi pihak MPI. Pada ucapan alu-aluan, beliau merakamkan  terima kasih kepada badan-badan korporat dan agensi-agensi kerajaan di atas sumbangan yang dihulurkan.

1. Chamil melayan mesra sebahagian penyumbang dan penaja Malam Wartawan Malaysia 2012

2. Antara orang kuat MPI yang hadir: Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI,  Datuk Mustapa Omar, Ahli Majlis Pentabir, Nik Mohd Kamal Nik Mustapha dan Syed Agil Syed Jaafar

3. Chamil menunjukkan replika cek sumbangan PETRONAS bagi menaja HKM 2012.Cek disampaikan oleh Azman Ibrahim (tiga kanan). Turut menyaksikan ialah dari kanan: Syed Agil (Utusan Malaysia) dan Puan Sri Diah (Karangkraf). Kiri: Nik Mohd Kamal Nik Mustapha (Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mustapa Omar (Harian Metro)

4. Chamil (kiri) bersama sebahagian penyumbang dan penaja Malam Wartawan Malaysia  2012

5. Jawatankuasa Pelaksana Malam Wartawan Malaysia 2012 bergambar kenangan

6. Chamil (tengah) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Malam Wartawan Malaysia 2012 di Hotel Istana

7. Penyumbang dan penaja Malam Wartawan Malaysia 2012 bergambar kenangan selepas menyerahkan sumbangan dan tajaan masing-masing

7. Penyumbang dan penaja Malam Wartawan Malaysia 2012 bergambar kenangan selepas menyerahkan sumbangan dan tajaan masing-masing

 8.  Para wartawan yang hadir pada majlis penyerahan cek sumbangan