MWM 2019 CATAT MEMORI INDAH

Hampir 750 orang tetamu hadir menjayakan penganjuran Malam Wartawan Malaysia bagi penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2018 bertempat di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada 28 April lalu.

Majlis diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee bin Malik sebagai tetamu kehormat.

MPI selaku penganjur majlis tersebut membuat kelainan apabila kategori Anugerah Tokoh Wartawan Negara turut disampaikan pada majlis yang sama.

Selain membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil, para pemenang juga menerima hadiah iringan lain tajaan BERNAS dan ADABI.

HKM MPI – PETRONAS 2018 menyaksikan wartawan KOSMO!, Ahmad Mustakim Zulkifli dan Luqman Ridhwan Mohamed Nor diangkat sebagai penerima Hadiah Kajai manakala Tan Sri Johan Jaaffar sebagai penerima Anugerah Tokoh Wartawan Negara ke-12.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

 

Berikut adalah rangkuman gambar-gambar yang dirakamkan oleh lensa jurukamera MPI:

  1. Suasana sebelum majlis bermula. Seusai pendaftaran, para tetamu mengambil kesempatan merakamkan foto masing-masing di “photo opp”.

 

  1. Ketibaan YB Dr. Maszlee Malik disambut oleh Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI sambil ditemani oleh Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Ahli Jawatankuasa Induk Penganjuran MWM 2019.

 

  1. Tetamu kehormat dibawa ke bilik menunggu sebelum majlis bermula. Kelihatan perbualan santai antara YB Dr. Maszlee Malik bersama Ahli Jawatankuasa Induk Penganjuran MWM 2019.

 

  1. Sebelum masuk ke dewan utama, Ahli Jawatankuasa Induk Penganjuran MWM 2019 bergambar kenangan bersama YB Dr. Maszlee Malik di ruangan “photo opp” yang disediakan.

 

  1. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya.

 

  1. Kelihatan YB Dr. Maszlee turut memberi perhatian kepada ucapan yang sedang disampaikan.

 

  1. Aksi YB Dr. Maszlee ketika menyampaikan ucaptama beliau pada Malam Wartawan Malaysia 2019.

 

  1. Reaksi para tetamu terhadap ucaptama yang sedang disampaikan oleh tetamu kehormat.

 

  1. YB Dr. Maszlee menurunkan tandatangan beliau sebagai simbolik kepada pelancaran buku MPI yang berjudul “KISAH MPI: MEMBANGUN KEWARTAWANAN PELBAGAI PLATFORM”.
  1. Persembahan hiburan oleh Dayang Nurfaizah yang memukau mata dan emosi para tetamu.

 

Berikut adalah momen-momen manis para pemenang ketika menerima hadiah kemenangan masing-masing:

 

  1. Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya menyerahkan cenderamata berbentuk trofi HKM 2018 yang mengabadikan nama beliau sebagai tetamu kehormat MWM 2019.