Pegawai Perhubungan Media Negeri KPDNHEP timba ilmu dari MPI

 

Seramai 39 orang pegawai perhubungan media dari seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah mengikuti bengkel yang bertajuk “Kursus Pegawai-Pegawai Perhubungan Media Negeri dan Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP 2020” yang berlangsung di Hotel Casuarina @Meru, Perak pada 23 – 25 September 2020.

Malaysian Press Institute (MPI) selaku sebuah institusi latihan kewartawanan yang melatih wartawan dari dalam dan luar negara selain menganjurkan kursus-kursus komersial untuk entiti korporat telah diberi kepercayaan oleh Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP untuk mendapatkan khidmat penceramah yang akhirnya telah dikendalikan oleh Mohd Faizal Zakaria, Mantan Editor Prosesan KOSMO!.

Peserta menerima sijil penghargaan dari penceramah sambil diperhatikan oleh En Yunus bin Yasim, Ketua Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP (tengah).

Rata-rata peserta berpendapat kursus pengurusan media seperti ini perlu diadakan selalu agar mereka sentiasa dikemaskini dalam menjalinkan perhubungan yang mesra di antara pihak media dan pegawai perhubungan media bagi negeri yang mereka sertai disamping menambah ilmu dalam penulisan sidang media.

Salah seorang peserta dari Sarawak berasa sangat teruja dengan perkongsian dari penceramah yang juga merupakan penerima Hadiah Kajai tahun 2004 dan beliau berjanji input tersebut akan diaplikasikan bagi penyelarasan bersama pasukan media di negeri beliau nanti.

Peserta bergambar kenangan bersama penceramah dan urus setia Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP diakhir kursus.