Pelajari Kaedah Mendapatkan Maklumat dengan Pantas & Tepat

Kursus Literasi Maklumat & Media anjuran bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) & Malaysian Press Institute (MPI) untuk kali kedua ini telah berlangsung di Pusat Hipermedia Dewasa, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2018.

Penceramah untuk slot pada pagi itu, Cik Noorzaimah Razali, Pustakawan, Unit Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-kanak, Perpustakaan Negara Malaysia telah menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan Maklumat dan Literasi Maklumat, Mengenalpasti Keperluan Maklumat, Pencarian Maklumat, Penilaian Maklumat, Pengurusan Maklumat, Etika Penggunaan Maklumat dan Penyebaran Maklumat diikuti dengan latihan untuk setiap topik yang dibentangkan bagi memastikan tahap kefahaman peserta berkenaan topik tersebut.

  1. Cik Noorzaimah menerangkan kaedah yang mudah untuk mendapatkan maklumat di bengkel tersebut.

Kursus interaktif selama sehari ini telah dihadiri seramai sebelas (11) orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Grup Sinar Karangkraf (Sinar Harian), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Utusan Malaysia, HELP University Kuala Lumpur, Jabatan Kerja Raya Sarawak dan juga Malaysian Press Institute.

2. Antara peserta yang hadir di bengkel sehari bersama PNM.

3. Peserta dari Jabatan Kerja Raya Sarawak, Haji Maslim bin Haji Gani sedang diberi tunjuk ajar oleh penceramah semasa sesi latihan pencarian maklumat dalam talian (online).

Di sebelah petangnya pula, Encik Mohamad Redzuan Ramli, Penolong Pengarah Bahagian Sumber Elektronik mengambil alih dengan memfokuskan kepada sesi latihan praktikal iaitu bagaimana untuk menggunakan Perkhidmatan Sumber Elektronik yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia.

4. Penerangan dari Encik Redzuan sebelum peserta memulakan latihan praktikal penggunaan Perkhidmatan Sumber Elektronik.

Latihan demi latihan diberikan dan penceramah memulakan sesi beliau dengan pemperkenalkan sistem u-Pustaka, yang mana para pengguna boleh membuat peminjaman dan membaca buku dari PNM secara dalam talian. Peserta diajar cara-cara pendaftaran sistem ini satu persatu dan fungsi-fungsi yang terdapat pada dashboard pengguna disistem tersebut.

5. Antara gelagat para peserta semasa membuat pendaftaran sistem u-Pustaka PNM dalam talian (online).

Sebelum kursus berakhir, penceramah turut memperkenalkan satu lagi sistem yang terdapat di PNM iaitu aplikasi melalui telefon pintar yang dikenali sebagai Libby yang memudahkan pengguna mendapatkan khidmat secara on-the-go dan boleh diases dimana-masa sahaja.

6. Sesi fotografi peserta bersama penceramah dan urusetia PNM.