Peluang wartawan gondol RM 4,500 melalui Eksplorasi Bahasa (Media) 2017

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang diraikan pada bulan Oktober setiap tahun merupakan usaha berterusan untuk memperkasakan bahasa kebangsaan telah dimulakan sejak dilancarkan pada tahun 1960.

Selari dengan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pelbagai program telah dirancang dalam menjayakan BBK pada tahun ini.

Bagi tujuan tersebut, MPI dilantik sebagai urusetia dan DBP mensasarkan penyertaan khusus dalam kalangan rakan media untuk menyertai Eksplorasi Bahasa (Media) pada 28 Oktober 2017, Sabtu.

Terhad kepada penyertaan 20 kumpulan sahaja yang terdiri daripada dua (2) orang lelaki dan dua (2) orang wanita, mereka akan memulakan perlumbaan di Bangunan Lama, DBP Kuala Lumpur dan setiap kumpulan perlu menyudahkan perlumbaan di lima lokasi yang ditetapkan. Setiap lokasi memerlukan kepantasan dan kreativiti peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kumpulan yang terawal tiba semula di Bangunan Lama DBP akan dinobatkan sebagai pemenang pertama.

DBP berharap agar rakan-rakan media membantu menjayakan BBK 2017 dengan meneguhkan kepentingan bahasa dan sastera selari dengan peranan mereka sebagai agen penyampai maklumat yang diyakini dan dipercayai oleh khalayak.

Klik pautan di bawah untuk butiran lanjut: