Pembabitan peserta berkualiti jayakan Forum Media Kebangsaan 2014

Forum Media Kebangsaan 2014 anjuran Malaysian Press Institute (MPI) berlangsung di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada 4 Disember 2014 lalu, dihadiri oleh 75 orang peserta yang terdiri daripada para pemimpin media dan editorial, para wartawan, para ahli akademik dalam bidang komunikasi, media dan kewartawanan dan wakil pihak berkuasa kawal selia media.

Mereka telah membincangkan lima isu semasa bertemakan hala tuju dan masa depan media dan kewartawanan Malaysia pada era hyper-connectivity.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menyampaikan ucap utama dan seterusnya melancarkan forum yang beliau harap dapat diadakan setahun sekali.

“Saya memuji usaha MPI menghimpun para pemimpin editorial dan media pada forum ini. Pihak Kementerian tiada masalah untuk menaja forum yang patut diadakan setahun sekali untuk mengekalkan momentumnya. Kalau dua tahun sekali, seperti yang dinyatakan oleh Datuk Chamil, momentumnya hilang,” kata beliau sebelum menyampaikan ucap utamanya.

Dalam ucapan itu, beliau mahu pihak media mengembalikan peranannya sebagai estet keempat sebagai watch-dog yang digeruni dan dihormati di samping membudayakan profesion kewartawanan menjadi satu kerjaya yang dihormati dan berkesan terhadap masyarakat.

Antara pemimpin media dan peneraju editorial yang hadir dan mengambil bahagian dalam forum itu termasuklah: Tan Sri Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima Berhad; Tokoh Wartawan Negara 2012/Ketua Pengarang Berita Publishing, Datuk A. Kadir Jasin, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Karangkraf, Datuk A. Jalil Ali; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkefli Salleh, Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin, Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Leanne Goh Lee Yen, Ketua Pengarang Astro Awani, Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily, Kuik Cheng Yang, Pengarang Perundingan Kanan The Star, T. Selva, Pengarang Berita Sin Chew Daily, Choo Joon Kian, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Azman Anuar, Pengurus Besar Grup Buku Kumpulan Media Karangkraf, Sri Diah, Pengarah Eksekutif Berita Publishing, Juhaidi Yean Abdullah.

Pihak kawal selia iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diwakili oleh pengerusinya, Datuk Mohamaed Sharil Mohd Termizi. Setiausaha Bahagian Penerbitan & Al-Quran, Puan Hashimah Nik Jaafar, mewakili Kementerian Dalam Negeri yang sepatutnya menjadi ahli panel sesi lima forum, memaklumkan pada hari forum berlangsung tidak dapat hadir kerana menjalani rawatan hospital. Mantan Institut Integriti Malaysia, Datuk Mohamad Tap Salleh serta blogger Zakhir Mohamad yang lebih dikenali dengan Big Dog, turut menyampaikan ceramah.

Selain itu, Forum Media Kebangsaan 2014 itu turut membabitkan para ahli akademik dalam bidang komunikasi, media dan kewartawanan.

Mereka termasuklah: Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr. Nurshuhadah Shiratuddin; pensyarah kanan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Mohamed Md Yusof; Pengarah Institut Pengajian Kewartawanan Universiti Teknologi Mara; Pengerusi Program Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Normah Mustafa; Ketua Jabatan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak, Puan Malia Taibi; Ketua Program Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia, Puan Rosidayu Sabran; Dekan Fakulti Kemanusian dan Warisan Universiti Malaysia Sabah,Profesor Datuk Hamdan Adnan; Felo Utama Univeriti Kebangsaan Malaysia, Profesor Mohd Safar Hasim, pensyarah kanan periklanan UiTM, Profesor Madya Abdul Rahim Salih, Penyelaras Program Siswazah Pusat Pengajian Teknologi dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia, Dr. Mohd Khairie Ahmad  dan ramai lagi.

Forum Media Kebangsaan 2014 anjuran MPI ditaja bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Bank Simpanan Nasional. Pada majlis pelancaran forum BSN diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sokongan Korporat), Encik Ahmad Latfan Mohd Amran.

Masing-masing menghulurkan RM15,000.00 bagi menjayakan program tersebut.

1. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek (dua kiri) berbual dengan Chamil, Mustapa dan Ahmad Latfan (BSN).

2. Chamil mengiringi Ahmad Shabery ke dewan Forum Media Kebangsaan 2014 untuk menyampaikan ucap utamanya.

3.Chamil menyampaikan ucapan selamat datang kepada peserta.

4. Ahmad Shabery menyampaikan ucap utama dan seterusnya melancarkan Forum Media Kebangsaan 2014.

5. Chamil menyampaikan buku-buku terbitan MPI kepada Ahmad Shabery sebagai tanda penghargaan kesudian beliau menyampaikan ucap utama. Turut kelihatan Ahmad Latfan dan Mustapa.

6. Dato’ Mustapa (berdiri) sedang menyampaikan ceramahnya sambil diperhatikan oleh Datuk A.Kadir Jasin, Suhaimi Sulaiman, Shahizan Hassan selaku moderator.

7. Panel sesi kedua dari kiri Prof Salleh Buang, Prof Dato’ Hamdan Adnan, Dato’ Chamil Wariya, dan Dato’ Baharom Mahusin selaku moderator.

8. Sesi ketiga yang dikendali oleh Tan Sri Johan Jaafar (tengah) dengan dua ahli panel, Prof Dr. Safar Hasim (kiri) dan Datuk Jalil Ali (kanan).

9. Sesi empat membicarakan pengiklanan sebagai nyawa media. Para panel terdiri (dari kanan) Prof Rahim Saleh, Adi Satria, Prof Madya Mohammad Md Yusof dan Chamil selaku moderator.

10. Sesi kelima dari kiri Zakhir @ Blogger Big Dog, Datuk Dr. Mohd Tap Salleh, Dato’ Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi dan Datuk A. Kadir Jasin (moderator).

11. Puan Malia Taibi, Ketua Jabatan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak.

12. Francis Fahir, Presiden Sabah Journalist Association.

13. Juhaidi Yean Abdullah, Pengarah Eksekutif Berita Publishing. 

14. Antara pengarang yang menyertai Forum Media Kebangsaan 2014. Dari kiri, Azman Anuar (Penolong Pengarang Mingguan Malaysia), Juhaidi Yean Abdullah (Pengarah Eksekutif Berita Publishing), Datuk Zulkifli Salleh (Ketua Pengarang Bernama), Dato’ Baharom Mahusin (Pengarang Kosmo!), Datuk Jalil Ali (Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Karangkraf).

15. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman (dua kanan) turut menyertai Forum Media Kebangsaan 2014.

16. Prof Dr Nurshuhada Shiratuddin, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia, Universiti Utara Malaysia, Prof Dr. Shahizan Hassan dan Suhaimi Sulaiman.

17. Mohd Amirul Akhbar, Pengarah Institut Pengajian  Kewartawanan UiTM, mendaftar sebagai peserta forum.

18. Puan Sri Diah, Kumpulan Karangkraf, beramah mesra dengan para peserta.

19. Tenaga akademik program Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Prof Madya Dr Normah Mustafa (dua kanan) turut menyertai forum.

20. Dato’ Ahmad Shabery diperkenal kepada sebahagian peserta forum.

21. Dato’ Shabery beramah mesra dengan peserta. 

22. Dr. Khairi (kiri) dari UUM bersama sebahagian lagi peserta forum. Paling kanan, Azrul Amila Amir, Penerbit Eksekutif ABN News.

23. Bergambar kenangan selepas forum tamat. Dari kiri Azman Anuar, Baharom Mahusin, Chamil Wariya, Dr Siti Zabedah Shariff, Puan Wan Admidza Wan Hassan, Mohamed Amirul Akhbar, Encik Ahmad Farami Abdul Karim.

24. Chamil (tiga kiri) bergambar kenangan bersama para pensyarah dan pelajar Universiti Sains Islam Antarabangsa (USIM) yang turut menjadi peserta Forum Media Kebangsaan 2014. Paling kanan ialah Dr. Rosidayu Sabran, Ketua Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Dua dari kiri ialah Dr. Siti Suriani Othman, pensyarah kanan Program Komunikasi.