Kursus
Pengamal Media diingatkan berhati-hati apabila melaporkan isu pengganas

Pengamal Media diingatkan berhati-hati apabila melaporkan isu pengganas

Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) menganjurkan satu bengkel untuk pengamal media di Sabah dan Sarawak yang bertajuk “Workshop on Role of Media in Covering Violent Extremism (CVE) & Radicalization Leading to Terrorism” pada 25 – 27 Jun 2019 di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu Sabah.

Bengkel telah dihadiri seramai 28 orang wartawan mewakili 19 pertubuhan berita dari seluruh negara temasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), New Straits Times, Harian Metro, Berita Harian, TV3, TV Alhijrah, Astro Awani, Online Utusan Malaysia, Utusan Borneo, The Borneo Post, Jabatan Penerangan Sabah, The New Sabah Times, Sabah News Today, RTM Sabah & KL, Daily Express, Majalah Perajurit, Asian Defence Journal, Malaysia World News & Persatuan Penulis Sarawak (PENULIS).

Bengkel ini merupakan susulan daripada program yang pertama dan kedua dibuat khusus untuk media di Semenanjung yang telah dilangsungkan dengan jayanya di Melaka dan Kota Bharu, Kelantan pada tahun lepas.  Ia diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada wartawan Malaysia mengenai peranan media dalam membuat liputan/pemberitaan mengenai keganasan serta kesannya terhadap masyarakat.

Bengkel selama 2 ½ hari ini telah menghimpunkan beberapa penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk berkongsi bersama para media antaranya dari Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, SEARCCT, IIUM, UKM, beberapa wartawan terkenal dan juga penceramah dari Amerika Syarikat, Prof Janet Steele.

Kursus diakhiri dengan Majlis Penutupan dan Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta pada petangnya sebelum ke Majlis resepsi pada sebelah malamnya bersempena dengan “243rd Anniversary of the Independence of the United States of America” oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir.

Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sekitar dua setengah hari berkursus: