Featured
Pengenalan Teknologi Platform Dalam Media Sosial

Pengenalan Teknologi Platform Dalam Media Sosial

Kursus “Writing for Social Media & News Portal” (berasas komunikasi digital 2020) ini merupakan kursus anjuran Malaysian Press Institute (MPI) diadakan di Pulse Grande Hotel, Putrajaya, pada 26 hingga 27 Februari 2020. 

Seramai 38 peserta telah menghadiri kursus yang mendapat sambutan luar biasa ini.

Mereka terdiri daripada, enam orang dari Jabatan Penerangan Malaysia, lima orang dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tiga orang dari Malaysia Airport Holdings Berhad, dua dari KPJ Tawakkal Kuala Lumpur Specialist Hospital, dua dari KPJ Kajang Specialist Hospital, dua dari KPJ Rawang Specialist Hospital, dua orang dari Sabah Tourism Board, dua orang dari Universiti Malaya dan seorang masing- masing dari PETRONAS, NIOSH Malaysia, Quest International Universiti Perak, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Universiti Malaysia Terengganu. Dari media pula ada dua orang dari Berita Harian, dua orang dari RTM, dua orang dari CATS FM Kuching dan seorang masing – masing dari NST, Harian Metro dan Sabah Publishing House.

Kursus yang berlangsung dua hari ini menampilkan Encik Hilal Azmi penceramah dari Astro AWANI.

F:\gambar kursus 2020\Kursus WFSM & NP - Hilal\IMG_8357.JPG

Penceramah, Encik Hilal Azmi, Ketua Inisiatif Belia & Media Sosial Astro AWANI memulakan sesi pengenalan beliau dengan topik #AbgTaKuad!.

F:\Gambar SMedia\Social Media\IMG_8475.JPG

Para peserta begitu teruja mendapat tip-tip berguna yang telah dikongsikan oleh penceramah.

F:\Gambar SMedia\Social Media\IMG_8436.JPG

Penceramah memberi tugasan aktiviti berkumpulan dan memulakan perbincangan dengan penuh bersemangat. 

F:\Gambar SMedia\Social Media\IMG_8467.JPG

Peserta dari KPJ Rawang Specialist Hospital, Nur ‘Izzati Azizan mewakili kumpulannya menyampaikan hasil latihan aktiviti Mari Bercerita.

F:\Gambar SMedia\Social Media\IMG_8567.JPG

Peserta mendapatkan tunjuk ajar dari penceramah “one to one basis” dipengakhiran kursus.

F:\gambar kursus 2020\Kursus WFSM & NP - Hilal\IMG-20200227-WA0032.jpg

Para peserta berpuas hati dengan kursus telah menunjukkan tanda “good” kepada penceramah.

F:\gambar kursus 2020\Kursus WFSM & NP - Hilal\IMG-20200227-WA0036.jpg

Kesemua peserta bergambar kenangan bersama penceramah sebaik kursus tamat.