Penggunaan aplikasi Google bantu dalam penghasilan berita

Buat pertama kalinya, Malaysian Press Institute (MPI) bekerjasama dengan Google Malaysia Sdn Bhd menganjurkan “ Google News Lab Training” pada 6 Februari lalu bertempat di Menara Axiata Kuala Lumpur.

Bengkel yang bermatlamat memberi pendedahan khusus tentang penggunaan peranti Google membantu para peserta mengaplikasikannya dalam penyediaan laporan berita menerusi penyelidikan, penyiasatan dan pemetaan bahan media.

Seramai hampir empat puluh (40) orang pengamal media hadir mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Irene Jay Liu, pakar latihan media dalam “Google News Lab Training” yang berpengkalan di Makmal Berita Google Hong Kong. Irene yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan merupakan bekas editor data penyiasatan di Thomson Reuters dan wartawan kanan di South China Morning Post.

Secara keseluruhannya, para peserta berpuas hati mengikuti kursus ini kerana berasakan keperluan penggunaan aplikasi peranti-peranti Google dalam kemudahan urusan pekerjaan harian mereka sebagai wartawan seiring dengan teknologi pendigitalan masa kini.

Para peserta turut mengakui bahawa keberkesanan penyampaian oleh penceramah membantu memahami subjek yang disampaikan dengan baik.

Feb 13 Google Lab 11. Zeffri Yusof (berdiri, kanan), Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia memperkenalkan Irene Jay Liu sebelum latihan bermula.

Feb 13 Google Lab 22. Serius, masing-masing tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Irene.