Pengkongsian pengalaman hidupkan bengkel penulisan sukan di Kota Kinabalu

Seramai 18 orang wartawan telah mengikuti Bengkel Kewartawanan Sukan untuk Wartawan Sabah / Sarawak anjuran Malaysian Press Institute (MPI) pada 27 dan 28 Mac 2018 di TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah.

Organisasi media dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung seperti New Sabah Times, Daily Express, BERNAMA, Utusan Malaysia dan RTM masing-masing menghantar seorang dan dua orang wakil dari organisasi mereka manakala Jabatan Penerangan Sabah menghantar penyertaan paling ramai iaitu sembilan orang pegawai penerangan mereka.

Antara peserta yang menghadiri bengkel tersebut mendengar dengar penuh minat.

Enam orang penceramah berpengalaman dalam bidang sukan dijemput berkongsi ilmu dan tips-tips menarik bersama para peserta.

Mereka terdiri daripada Encik Abu Bakar Attan mantan Pengarang Sukan TV3 / Pengulas Sukan TV3, Encik Amirrullah Andi Nur, Penolong Pengarang Sukan Kumpulan NSTP, Tuan Haji Shaukei Kahar, Pengulas Sukan ASTRO, Encik Zainal Abd. Halim mantan Wartawan Foto Reuters (Singapore), Encik Azizul Fahmi Ahmad Zabidi, Pengarang Sukan KOSMO! dan Tuan Haji Zainal Abidin Abdul Rawop, Unit Sukan TV ASTRO.

Sesi pertama dimulakan dengan Encik Abu Bakar Attan berkongsi tentang Penulisan Berita Sukan.

Encik Amirrullah Andi Nur menceritakan tentang pentingnya Berita Sukan Online kepada para peserta.

Tuan Haji Shaukei Kahar menunjukkan gaya/cara membuat liputan sukan.

Encik Zainal Abd. Halim menerangkan bagaimana mengambil gambar sukan yang baik.

Hari seterusnya para peserta dibawa melawat ke Kompleks Sukan Kota Kinabalu dan telah diberi taklimat oleh Encik Mohd. Asneh Mohd. Noor, Timbalan Pengurus Besar, Lembaga Sukan Negeri Sabah.

Turut bersama dalam taklimat tersebut ialah YBhg. Datuk Penyuki Matta, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah dan YBhg. Datuk Louis Rampas, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah.

 

Wakil MPI / penceramah Encik Azizul Fahmi Ahmad Zabidi dari Kosmo! (kanan sekali) menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Penyuki Matta (berbaju hitam).

Sesi bergambar antara peserta bengkel bersama wakil Lembaga Sukan Negeri Sabah semasa sesi lawatan ke kompleks tersebut.

Encik Azizul Fahmi Ahmad Zabidi sedang membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan dan memberi latihan penulisan rencana sukan hasil daripada sesi lawatan di Pusat Sukan Kota Kinabalu.

Para peserta bergambar kenangan bersama Tuan Haji Zainal Abidin Abdul Rawop (berbaju biru) yang merupakan penceramah terakhir di bengkel itu.