Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional cadang anjur Anugerah Media Perpaduan

Bagi merealisasikan hasrat YB Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup untuk menghargai para karyawan tempatan menerusi penganjuran anugerah media, satu mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan anugerah media perpaduan telah diadakan pada 20 Januari bertempat di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan YS Nagamma, Pengarah Bahagian Korporat dan dihadiri oleh Encik Saleki Amat Januri, Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri ; Encik Izhar Shah Dato Ibrahim, Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah; Encik Mohd Syafiq Rashid, Penolong Pengarah Bahagian Korporat dan Encik Mohd Azmi Abd Majid, Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Korporat.

MPI diwakili oleh Puan Norlida Jamain, Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Encik Salman Husni Abdollah, Eksekutif Anugerah dan IT.

Majlis penyampaian anugerah dijangka berlangsung pada akhir Disember 2016 atau awal Januari 2017.

Dalam mesyuarat tersebut, Puan Yagamma meminta wakil MPI untuk menjelaskan fungsi MPI sebagai sekretariat/urusetia anugerah kewartawanan sebagai rujukan.

Di akhir perbincangan, Puan Yagamma menyatakan penyertaan akan dibuka kepada semua wartawan termasuk di Sabah dan Sarawak dan meminta MPI untuk memberikan salinan semua penyertaan yang diterima untuk rekod dan rujukan pihak Jabatan di masa akan datang.

Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan akan memuktamadkan jumlah kategori dan pemilihan tarikh siaran dan terbitan artikel yang bakal dipertandingkan.


perpaduan 1
Puan YS Nagamma (tengah) mempengerusikan mesyuarat bagi menganjurkan Anugerah Media Perpaduan. Turut kelihatan dari kanan, Encik Shafiq, Encik Saleki, dan Puan Norlida.

perpaduan 2Puan Norlida menjelaskan sesuatu kepada Encik Shafiq (kanan sekali, berhadapan kamera) tentang kelebihan kategori media cetak yang ingin dipertandingkan mengikut Bahasa.

perpaduan 3Hadir menyertai perbincangan, dari kiri Encik Izhar Shah (Pejabat Ketua Pengarah) dan Encik Mohd Azmi Abd Majid (Bahagian Korporat).

perpaduan 4

Puan YS Nagamma tekun mendengarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ahli mesyuarat dalam merealisasikan penganjuran anugerah media perpaduan 2016.

perpaduan 5Encik Saleki Amat Januri (kiri) dan Encik Shafiq (kanan) turut menyertai perbincangan.