Peserta puas hati dengan bengkel persaingan MyCC

Peranan Media dalam menyalurkan maklumat kepada pengguna dengan tepat dan sahih sangatlah penting.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysian Competition Commission) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) mengadakan Kursus Media mengenai Akta Persaingan 2010 pada 12 Ogos 2015. Seramai 29 orang pemberita dari pelbagai organisasi menghadiri kursus sehari anjuran bersama MyCC-MPI itu di Hotel Ramada Paza, Kuala Lumpur.

Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk memberi pemahaman dengan lebih lanjut kepada pengamal media mengenai peranan MyCC serta Akta Persaingan 2010 termasuk bidang kuasanya. Selain itu, ianya juga dapat membantu pengamal media dalam menyediakan laporan serta berita yang tepat mengenai isu persaingan dan MyCC.

Pada sesi pagi, Encik Iskandar Ismail, Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan MyCC memulakan taklimat tentang Definasi dan Skop Akta Persaingan 2010 kepada para peserta. Walaupun tajuknya agak ‘dry’ sedikit tetapi penceramah ada idea yang lebih menarik untuk menghurai akta tersebut dengan cara yang mudah difahami dan menguji  kecekapan dan minat para peserta terhadap topik tersebut. Diakhir sesi beliau, satu kuiz telah dibuat dengan tiga (3) kali pusingan dan peserta diminta menjawab beberapa soalan tentang peranan MyCC dan Akta Persaingan 2010.

Pada sesi kedua, bengkel “Penulisan yang Efektif” disampaikan oleh Dr. Jeniri Amir, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak diadakan selepas waktu makan tengahari. Beliau berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan para peserta mengenai teknik-teknik penulisan yang efektif dan menerangkan apakah peranan media dalam Isu Persaingan tersebut.

Para peserta diminta mengambil bahagian secara aktif dimana mereka diberi latihan menulis yang efektif. Hasil tulisan mereka dinilai dan peserta terbaik telah menerima hadiah beberapa buah buku mengenai penulisan yang efektif yang disediakan penganjur.

Pada keseluruhannya, peserta sangat berpuas hati dengan kedua-dua penceramah; dari MyCC kerana menerangkan dengan terperinci berkaitan akta dan peranan MyCC, selain itu penerangan berkaitan penulisan rencana yang menarik oleh Dr. Jeniri Amir. – Norhafiza Kamaludin

1. Encik Iskandar Ismail, Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan MyCC,  menyampaikan ceramah beliau dengan tajuk Definasi & Skop Akta Persaingan 2010.

2. Wajah-wajah ceria peserta bersama hadiah masing-masing apabila kumpulan mereka menang di dalam kuiz tersebut.

3. Kumpulan seterusnya yang dapat menjawab soalan kuiz bersama hadiah berupa topi dari MyCC.

4. Antara peserta yang hadir di dalam kursus media tersebut sedang khusyuk mendengar ceramah.

5. Aktiviti kumpulan adalah antara aktiviti wajib bagi melihat keberkesanan kursus tersebut.

6. Dr. Jeniri Amir sedang menerangkan apakah peranan yang perlu dimainkan oleh media dalam isu persaingan ini.

7. Seorang peserta sedang ditemuramah oleh peserta lain bertanyakan soalan bagaimana cara untuk mempromosi MyCC agar lebih dikenali.

8. Salah seorang peserta terbaik dari The Sun sedang menerima hadiah berupa buku dari Dr. Jeniri Amir.