Kursus
Peserta yang pelbagai menambah kemeriahan kursus

Peserta yang pelbagai menambah kemeriahan kursus

Seramai 25 orang peserta telah menghadiri kursus “Writing for Social Media & News Portal Training” yang diadakan di Dreamtel Kota Kinabalu, Kota Kinabalu Sabah pada 29 – 30 April 2019.

1. Antara peserta yang hadir sedang khusyuk mendengar ceramah dari Encik Hisham berkenaan pentingnya kegunaan media sosial dalam kehidupan seharian.

 

Kursus anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Sabah Journalist Association (SJA) telah dikendalikan oleh penceramah yang pengalaman dalam bidang media sosial. Beliau ialah Encik Hisham Idris yang merupakan salah seorang wartawan Kosmo! yang berjaya membawa TV Kosmo! memenangi Dokumentari Video Terbaik Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2017 pada tahun lepas.

 

2. Penceramah, Encik Hisham Idris, mantan Penolong Pengarang Online Kosmo! sedang menerangkan laman web yang menarik.

 

Peserta yang hadir dari pelbagai kategori telah menambahkan lagi kemeriahan kursus tersebut. Antara yang hadir adalah 7 orang wartawan dari Daily Express, Astro Awani, RTM & Sabah News Today (SNT). 5 orang pengawai korporat dari Hospital Queen Elizabeth, Politeknik Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) manakala selebihnya adalah merupakan rakan strategik JaPen yang terdiri daripada guru, kerani dan juga pelajar sekolah seramai 13 orang.

 

3. Para peserta sedang membincangkan aktiviti berkumpulan iaitu mencari laman web yang menarik dan kenapa laman web tersebut dipilih sebelum pembentangan dibuat.

 

Beberapa aktiviti telah diadakan antaranya terdapat beberapa platform di media sosial dan peserta diajar bagaimana untuk membuat Facebook, Instagram & Twitter. Peserta juga diminta untuk buat page/portal sendiri & bagaimana untuk mendapat follower/like yang tinggi. Peserta juga diminta untuk memberi komen berkenaan website mana yang lebih menarik diantara Daily Express dan Sabah News Today, disamping mencari kesalahan tatabahasa di dalam website tersebut bagi menghasilkan berita-berita yang berkualiti khususnya bahagian tempatan.

 

5. Para peserta bergambar kenangan bersama penceramah diakhir kursus tersebut.

 

Rata-rata peserta berpendapat kursus ini bagus dengan penceramah yang berpengalaman sebagai sokongan kepada topik-topik yang disampaikan dan berharap agar kursus seperti ini diadakan selalu supaya mereka tidak ketinggalan nanti dengan penambahbaikan iaitu peserta menyediakan page masing-masing untuk dibawa ke dalam kursus bertujuan supaya page tersebut dikaji dan dibincangkan untuk penambahbaikannya.

4. Salah satu kumpulan sedang menyampaikan hasil kerja berkumpulan mereka kepada penceramah.