MPI dilantik anggotai Jawatankuasa pro-tem Majlis Media Malaysia

2 ahli lembaga pemegang amanah MPI iaitu Datuk Dr. Chamil Wariya dan Datuk Yong Soo Heong antara 17 orang yang dilantik mengganggotai Jawatankuasa Sementara penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC).

Pelantikan ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Gobind Singh Deo pada mesyuarat pelancaran penubuhan MMC yang berlangsung pada 16 Januari yang lalu.

Menurut Datuk Dr. Chamil,” MPI adalah salah sebuah entiti yang memperjuangkan penubuhan Majlis Media Malaysia sejak 1974. Syukur alhamdulillah setelah 45 tahun, jagawan estet keempat ini dijangka menjadi kenyataan pada hujung tahun 2020”.

“Kesungguhan dan usaha yang digerakkan oleh YB Gobind dan Datuk Kadir untuk mendapatkan persetujuan pelbagai pihak berkepentingan media perlu diberikan kredit,” kata Datuk Yong Soo Heong.

Tambah Datuk Yong, “saya melihat kepada kesan jangka masa panjang bahawa industri media tempatan bakal berbangga dengan adanya penubuhan majlis media ini walau perjalanan yang sukar dan melibatkan banyak usaha dan komitmen ke arah penubuhannya.

Sementara itu, Premesh Chandran, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa pro-tem. Ahli Jawatankuasa diberi tanggungjawab untuk meneliti lima bidang utama iaitu objektif dan fungsi majlis, perlembagaan majlis dan keahlian, kod tatalaku, kaedah penyelesaian pertikaian dan peruntukan umum termasuk mengkaji undang-undang semasa yang perlu dimansuhkan atau dipinda apabila majlis itu dibentuk.