Chamil rai panel hakim Shell Kinabalu Press Award 2015

Sewaktu berada di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 hingga 16 Oktober 2015, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya telah mengambil kesempatan untuk meraikan sebilangan panel hakim Shell Kinabalu Press Award 2015 pada majlis makan tengah hari.

Majlis itu telah diadakan di Promenade Hotel. Tiga orang hakim iaitu pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Haryati Abd Karim, bekas wartawan dan pegawai penerangan Sabah, Datuk Lian Justin Miol dan mantan pegawai akhbar dengan Penerangan Sabah, Datuk Joseph Leong telah melapangkan waktu untuk hadir.

Turut serta ialah Setiausaha Sabah Journalist Association (SJA), yang juga seorang penerbit di RTM Kota Kinabalu, Puan Lailah Elok.

Shell Kinabalu Press Award 2015 akan berlangsung pada 11 November 2015 di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.

Penaja utama anugerah itu adalah Shell Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah.

SJA yang dipimpin oleh penolong pengarah berita dan ehwal semasa RTM Kota Kinabalu, Francis Faher adalah penganjur Shell Kinabalu Press Award.

Ia diadakan setahun sekali sebagai mengiktiraf kemecerlangan pelbagai genre kewartawanan sepanjang 2014.

Puan Lailah, dalam pesanan ringkas kepada Datuk Dr. Chamil memaklumkan bahawa Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Musa Aman telah mengesahkan kehadiran beliau untuk menjadi tetamu kehormat majlis itu.

Beliau juga akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada malam gilang gemilang.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Shell Kinabalu Press Award, yang sudah berusa 28 tahun itu, para hakimnya terdiri daripada orang Sabah.

Mereka terdiri daripada ahli-ahli akademik di UMS, para wartawan veteran serta mantan pengawai penerangan pengalaman yang tugas mereka termasuk membuat laporan berita.

Selain Dr. Haryati, dua orang ahli akademik UMS yang turut bertindak sebagai hakim ialah Profesor Datuk Hamdan Adnan, dan Bob Salleh.

sabah 2015 1Chamil (tengah kiri) bergambar kenangan dengan Dr. Haryati (bertudung, kiri) dan Datuk Joseph Leong (hujung kiri), Puan Lailah Elok (kanan) dan Datuk Justin Miol (kanan hujung).

sabah 2015 2Dr. Haryati, Chamil, Joseph Leong, Justin Miol dan Puan Lailah beramah mesra pada majlis makan tengah hari.

sabah 2015 3Dr. Haryati, Chamil dan Joseph Leong pada majlis makan tengah hari di Hotel Promenade.