Rakaman gambar-gambar penganugerahan ijazah Sarjana UUM kepada sepuluh pengamal media

Penganugerahan ijazah Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan) kepada 10 orang wartawan dan  pengamal media  telah diadakan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) Ke-27 pada 9 November 2014.

Mereka merupakan kumpulan pertama pelajar yang menerima ijazah di bawah program kerjasama Universiti Utara Malaysia dan Malaysian Press Institute (MPI).

Wajah ceria wartawan-wartawan semasa dan setelah selesai majlis konvokesyen. Mereka merakamkan kenangan bersama Naib Canselor UUM, YBhg. Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak. Gambar paling bawah, dari kiri : En. Azhar Kassim (pensyarah Komunikasi), Latipah Ramji (wartawan RTM), Murni Wan Omar (wartawan Harian Metro), YBhg. Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor UUM, Naimah Salleh (pengamal media Kolej Saito), Arman Ahmad (wartawan New Straits Times) dan Dr. Rosli Mohammed (Timbalan Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi ).

Antara tiga pensyarah yang bertungkus-lumus memastikan program Sarjana Komunikasi Kepengurusan UUM-MPI berjalan lancar :  En. Azhar Kassim, Pensyarah Komunikasi (tiga dari kiri), Dr. Rosli Mohammed, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi (empat dari kiri) dan Dr. Mohd. Khairie Ahmad, Penyelaras Program Siswazah Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi (empat dari kanan) bergambar bersama wartawan dan pengamal media yang juga  mantan pelajar mereka.