Sarawak Energy Berhad – Media Spokesperson Training

Malaysian Press Institute (MPI) telah menganjurkan satu bengkel khas melatih pengurusan kanan Sarawak Energy Berhad (SEB) menjadi jurucakap berkesan apabila berhadapan media pada 4 dan 5 Disember 2018 lalu.

Bengkel tersebut telah dibimbing oleh personaliti TV tersohor, Yusanani Yushak yang pernah berkhidmat sebagai penyampai Buletin Utama TV3 dan pengurus komunikasi korporat stesen TV itu, selain pernah melatih penyampai berita RTM melalui program Penyampai Ikon.

Seramai sembilan orang peserta mengambil bahagian dalam bengkel yang diadakan di ibupejabat SEB di Kuching itu.

Tujuh peserta dibimbing secara kumpulan manakala dua lagi secara sesi latihan one to one. Mereka ialah Encik Alexander Chin, Ketua Pegawai Kewangan dan Encik Jiwari Abdullah, Pengurus Besar Tanggungjawab Sosial Korporat SEB.

Tujuh yang dilatih secara berkumpulan ialah Encik Alvin Lim, Ketua Pegawai Operasi Jabatan Sumber Manusia SEB, Encik Pramod Kumar Naib Presiden Eksekutif bagi Pelaksanaan Projek, Encik Marconi Madai, Naib Presiden bagi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar.

Lain-lain terdiri daripada Puan Peing Tajang, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Encik Baharrudin Jili, Pengurus Besar bagi Perhubungan Kerajaan, Pengurusan Acara dan Protokol, Puan Stephanie Gae Chin, Pengurus Besar Perundangan dan Encik Simon Loh, Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan Hartanah.

Selama dua hari berkursus mereka telah didedahkan dengan selok belok tampil berwibawa apabila di temuramah oleh wartawan televisyen, dan bagaimana untuk menyampaikan mesej secara berkesan kepada khalayak.

 

Bergambar kenangan selepas bengkel selesai. Dari kiri: Encik Simon Loh, Encik Alvin Lim, Puan Stephanie, Puan Peing Tajang, Yusanani, Encik Pramod Kumar, Encik Baharrudin dan Encik Marconi Madai.

 

Yusanani menyampaikan ceramahnya kepada pengurusan kanan SEB.

 

Para peserta bengkel kelihatan ceria mendengar ceramah.

 

Peserta bengkel, Puan Stephanie Gae Chin menyampaikan ucapan tentang “Pembangunan Modal Insan” di sidang media olok-olok sambil diperhatikan oleh kru produksi serta para peserta yang lain.

 

Oleh kerana dua peserta bengkel ini mengenakan pemakaian yang kasual, mereka memilih untuk mengadakan sidang media yang tidak bernada serius mengenai “Kek Lapis Sarawak”.

 

Yusanani menerangkan sesuatu kepada peserta, Encik Jiwari Abdullah di SEB.

 

Yusanani: Tenang menjawab pertanyaan peserta pada hari pertama bengkel di SEB.

 

Encik Alexander Chin menjawab beberapa soalan dalam sesi temuramah 1-on-1.

 

Puan Yusanani dan Encik Marconi Madai sempat menunjukkan isyarat bagus.