“Social Media & News Portal kursus yang menarik” kata peserta

Kursus “Writing for Social Media & News Portal Training” merupakan program kedua anjuran Malaysian Press Institute (MPI) tahun ini selepas program pertama mendapat sambutan yang menggalakkan yang telah diadakan di Sabah. Kursus kedua ini diadakan di Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang, Selangor pada 6 dan 7 Ogos 2019. Kursus ini telah dikendalikan oleh Mantan Penolong Pengarang Online Kosmo!, Encik Hisham Idris.

Seramai 15 orang peserta mewakili media dan korporat menghadiri kursus dua hari ini. 9 penyertaan media iaitu dari TV3, Berita Harian dan Radio IKIM menghantar dua orang dari setiap organisasi mereka manakala Harian Metro, Harian Borneo Sarawak dan Perunding Media masing-masing diwakili seorang dari media tersebut. 6 lagi penyertaan adalah dari syarikat korporat dihadiri oleh pegawai komunikasi dari Alam Flora Sdn. Bhd dan UDA Holdings Berhad seramai dua orang dan masing-masing seorang dari Ambank (M) Berhad dan Cradle Fund Sdn Bhd.

Banyak aktiviti latihan di platform media sosial dilakukan seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya dan peserta juga diajar bagaimana untuk mendapat follower / like yang tinggi.  Peserta juga diminta untuk memberi komen berkenaan portal berita yang dipilih, diajar menggunakan tatabahasa yang betul dan bagaimana untuk menghasilkan berita-berita yang menarik di portal berita dan dalam talian.

Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar selama 2 hari berkursus:-

Encik Hisham Idris, mantan Penolong Pengarang Online Kosmo! mengendalikan kursus dua hari ini.
Para peserta khusyuk mendengar tajuk ‘bagaimana untuk mendapat follower/like yang tinggi’ dengan penuh bersemangat.
Peserta berkumpulan sedang berbincang sebelum pembentangan dan komen dibuat oleh penceramah.
Salah satu kumpulan menyampaikan hasil perbincangan mereka kepada penceramah.
Para peserta bergambar kenangan bersama penceramah diakhir kursus.