Stigma mengenai HIV dan AIDS boleh dikikis

Stigma berkenaan HIV & AIDS masih menebal dalam diri masyarakat Malaysia dan kita sering memandang serong orang yang hidup dengan HIV/orang yang positif HIV ini.

Atas kesedaran itu, Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Malaysian Aids Council, Malaysian Aids Foundation dan Yayasan Sime Darby menganjurkan bengkel bertajuk “Media Sensitisation Workshop on HIV / AIDS 2017: To Treat HIV Is to End AIDS” bertempat di Bilik Latihan Malaysian Press Institute, Jalan Bukit Ledang Kuala Lumpur.

Bengkel sehari yang diadakan pada 25 Julai 2017 telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri seramai 13 orang pengamal media termasuk media cetak (suratkhabar & majalah) dan media elektronik.

1. Dr Zaki Arzmi, Pengurus Media & Komunikasi, Malaysian Aids Council memberi pengenalan tentang MAC dan glosari penggunaan istitilah-istilah berkaitan dengan HIV & AIDS.

2. Penceramah yang bercakap tentang “Ethics in HIV & AIDS Journalism” dari Berita Harian, Puan Salina binti Abdullah, Pengarang Berita, Online.

3. Dr Narul Aida Salleh, Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya menerangkan bagaimana cara untuk mencegah, merawat dan inisiatif perubatan yang digunakan bagi penyakit HIV.

4. Penceramah dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Mohd Nasir bin Abd Aziz berkongsi perkembangan terkini dan tindakan yang harus diambil untuk menghapuskan AIDs bersama para peserta kursus.

5. Para peserta sedang menyiapkan tugasan kumpulan masing-masing sambil menemuramah Orang yang hidup dengan HIV (OHDA)

6. Para peserta bergambar kenangan bersama wakil Majlis Aids Malaysia, Majlis Council Malaysia dan wakil Malaysian Press Institute diakhir bengkel.

Diharap dengan mengikuti bengkel ini, para peserta akan dapat menyedarkan orang ramai  dan mengikis stigma yang sering dikaitkan dengan HIV / AIDS yang mana sebelum ini dua perkataan tersebut masih digeruni dan mudah disalahfahami oleh masyarakat Malaysia.

Dari segi penulisan pula diharap mereka dapat mempertingkatkan kemahiran dalam membuat laporan, berita dan menggunakan istilah yang tepat berkenaan isu ini. – Laporan Norhafiza Kamaludin