TARIKH TUTUP PENYERTAAN HKM2015 DILANJUTKAN!!

Berita baik kepada semua pengamal media tempatan, tarikh tutup penyertaan Hadiah Kewartawanan Malaysia 2015 dilanjutkan sehingga 15 Februari 2016.

Peluang ini harus digunakan sebaik mungkin oleh para wartawan untuk mencari dan memilih artikel-artikel yang telah dihasilkan dan diterbitkan sepanjang tahun 2015 untuk dipertandingkan.

Untuk makluman lanjut, hubungi Encik Salman Husni Abdollah di talian 03-2095 2013 atau email kepada bukitledangmpi@yahoo.com.

Sila layari laman sesawang MPI iaitu www.mpi.my/release/hkm2015 untuk mendapatkan borang penyertaan dan syarat-syarat penyertaan.