Terima Kasih!

Bertempat di Saloma Bistro & Theater Restaurant Kuala Lumpur pada 4 April 2017 telah berlangsung majlis penyerahan sumbangan sempena Malam Wartawan Malaysia 2017.

Terlebih dahulu, MPI diwakili oleh Datuk Dr. Chamil Wariya, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI dan disaksikan oleh Datuk Mustapa Omar, Setiausaha Bendahari MPI telah menandatangi perjanjian penajaan Hadiah Kewartawanan Malaysia 2016 dan PETRONAS diwakili oleh Encik Azman Ibrahim, Pengurus Besar Perhubungan Media, Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS. Turut sama menyaksikan majlis ringkas itu adalah Ahli Majlis Pentadbir MPI yang juga merupakan Jawatankuasa Induk Penganjuran MWM 2017.

MPI menerima penajaan bernilai RM300,000 untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia 2016 daripada pihak PETRONAS. Syarikat minyak Negara itu merupakan penaja utama HKM sejak tahun 1994.

Kepada pihak penyumbang, terima kasih kerana senantiasa menyokong penganjuran Malam Wartawan Malaysia dan jumpa 21 April di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur!.

Berikut adalah rangkuman gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:

  • Penajaan HKM 2016

Mock Cheque 02 aGambar atas dan bawah : Mewakili MPI, Datuk Mustapa dan Datuk Dr. Chamil Wariya menandatangi perjanjian persefahaman penajaan Hadiah Kewartawanan Malaysia 2016  dan PETRONAS diwakili oleh Encik Azman Ibrahim (tengah) sambil disaksikan Ahli Majlis Pentadbir MPI.

 

Mock Cheque 02 bGambar atas dan bawah : Bergambar kenangan selepas menandatangani perjanjian persefahaman penajaan HKM 2016.

Berdiri dari kiri : Encik Foo Tick Fat; Encik Mohd Azri Atan; Encik Francis Fahir; Encik Choo Joon Kian; Datuk Zakaria Abd Wahab; Encik Ainol Amriz Ismail dan Encik T. Selva.

Duduk dari kiri : Datuk Mustapa Omar; Encik Azman Ibrahim; Datuk Dr. Chamil Wariya dan Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman.

Mock Cheque 02 c

  • Majlis Penyerahan Sumbangan sempena MWM 2017

Mock Cheque 01 again

  1. Datuk Dr. Chamil Wariya mengalu-alukan kehadiran tetamu

    Mock Cheque 02 again

  2. Berjaya Corporation Berhad diwakili oleh Puan Lydia Lee, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Perhubungan Pelabur.

    Mock Cheque 03

  3. Celcom Axiata diwakili Ketua Pegawai Korporat, Puan Zuraida Jamaluddin.

    Mock Cheque 04

  4. Dagang NeXChange Berhad diwakili Puan Sharifah Kasim, Ketua Media dan Perhubungan Pelabur.

    Mock Cheque 05

  5. Encik Azrul Shah Mohamad mewakili Invest Selangor Berhad.

    Mock Cheque 06

  6. Encik Mohd Kamal Ahmad, Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Strategik Johor Corporation.

    Mock Cheque 07

  7. Kumpulan EMKAY diwakili Puan Mazrita Mazlan, Ketua Pegawai Operasi.

    Mock Cheque 08

  8. Puan Alina Aziz, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat mewakili Kumpulan Perbankan RHB.

    Mock Cheque 09

  9. MMC Corporation Berhad diwakili Puan Azlina Ashar, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan.

    Mock Cheque 10

  10. Puan Hajah Norchahaya Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

    Mock Cheque 11

  11. Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Pharmaniaga Berhad.

    Mock Cheque 12

  12. Encik Mohd Ramali Abu Bakar, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Prolintas Sdn Bhd.

    Mock Cheque 13

  13. Encik Muhammad Adnin Bakir Abu Bakar, Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

    Mock Cheque 14

  14. Encik Khairil Anwar Mohammad Annuar, Pengarah Bahagian Strategi dan Penjenamaan Kumpulan SME Bank Berhad.

    Mock Cheque 15

  15. Puan Jamilah Taib, Pengurus Kanan Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepentingan Technology Park Malaysia.

    Mock Cheque 16

  16. Encik Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad.

    Mock Cheque 17

  17. Tuan Syed Anuar Syed Ali, Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank Berhad.

    Mock Cheque 18

  18. Encik Ahmad Fazreen Kamarudin, Pengurus Pembangunan Bisnes DagangHalal Berhad.

    Mock Cheque 19

  19. Puan Aimi Aziz, Pengarah Komunikasi Ekuiti Nasional Berhad.

    Mock Cheque 20

  20. Puan Fara Eliza Tan Sri Dato’ FD Mansor, Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan Glomac Berhad.

    Mock Cheque 21

  21. Encik Mohd Fadhli bin Ishak, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat MRCB.

    Mock Cheque 22

  22. Cik Suzana Ibrahim, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Permodalan Nasional Berhad.

    Mock Cheque 23

  23. Encik Muhamad bin Hasanuddin, Associate Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad.

    Mock Cheque 24

  24. Encik Wan Azneal Hussain Mohd Azam, Pengurus Perhubungan Korporat Sime Darby Plantations Sdn Bhd

    Mock Cheque 25

  25. Puan Asma Abd Aziz, Penolong Pengurus Besar Jenama dan Komunikasi Kumpulan Telekom Malaysia.

    Mock Cheque 26

  26. Tuan Haji Ahmad Azman Azizul Rahman, Pengurus Besar Kanan Khidmat Sokongan Worldwide Holdings Berhad.

    Mock Cheque 27

  27. Encik Mohd Nasir Johar, Naib Presiden 1 Bahagian Komunikasi dan Pengurusan Pihak Berkepentingan EXIM Bank.

    Mock Cheque 28

  28. Encik Mahmood Abdul Razak, Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM Berhad.

    Mock Cheque 29

  29. Cik Norasyikin Yusof, Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji.

    Mock Cheque 30

  30. Datuk Omar Sidek, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Tenaga Nasional Berhad.

    Mock Cheque 31

  31. Penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia 2016, mewakili PETRONAS, Encik Azman Ibrahim, Pengurus Besar Perhubungan Media, Komunikasi Strategik Kumpulan.

    Mock Cheque 32

  32. Terima kasih daun keladi, tahun hadapan sokonglah lagi!…Wakil penaja bergambar bersama replika cek masing-masing selepas tamat majlis penyerahan sumbangan sempena Malam Wartawan Malaysia 2017.