MPI release
TERUJA DAPAT ILMU DARI PENCERAMAH BERPENGALAMAN

TERUJA DAPAT ILMU DARI PENCERAMAH BERPENGALAMAN

Bengkel Penulisan Teks Ucapan anjuran MPI berlangsung pada 24 dan 25 Jun 2019 di Bangunan Ilmu, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kuala Lumpur.

Dua puluh satu (21) peserta menyertai bengkel ini iaitu tiga belas orang (13) dari Jabatan Penerangan Malaysia dan Rakan Strategiknya, lapan (8) dari syarikat-syarikat korporat iaitu Bank Negara Malaysia dua orang, Sabah Tourism Board dua orang dan masing-masing seorang dari Affin Bank Berhad, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Sepang International Circuit dan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).

Bengkel ini dikendalikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Jeniri Amir, Pensyarah Kanan, Jabatan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak. Mereka diberi pendedahan dan kefahaman mengenai teknik menulis teks ucapan yang berkesan dan diingatkan supaya memperbanyakkan bahan bacaan bagi mendapatkan teknik menulis teks ucapan dengan penggunaan bahasa-bahasa indah agar penyampaian teks ucapan mereka lebih menarik.

Beberapa teks ucapan pemimpin diberi kepada peserta di samping dipertontonkan video pemimpin-pemimpin besar dari dalam dan luar negara sebagai contoh supaya para peserta dapat menilai sendiri teks ucapan mereka.

Penceramah juga meminta para peserta membuat beberapa teks ucapan bagi melihat keberkesanan dari pengajaran serta memberi komen setiap teks yang telah peserta tulis.

Gambar-gambar di sekitar berkursus dan sesi latihan

Para peserta yang mengikuti bengkel tersebut
YBhg. Prof. Madya Dr. Jeniri Amir sebagai tenaga pengajar
Latihan-latihan yang diberikan untuk peserta
Peserta mendengar komen yang diberikan oleh penceramah
Peserta dengan hasil latihan
Beberapa soalan diajukan oleh peserta Bank Negara Malaysia(tiga dari kiri) Pn. Fatimah Yahya) sebelum bengkel tamat.