Kursus
TIADA HARI TANPA MEMBACA

TIADA HARI TANPA MEMBACA

Bengkel Penulisan Rencana dan Naratif Berkesan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) telah mendapat sambutan menggalakkan baik dari pengamal bidang komunikasi korporat, pengamal media atau dari Jabatan Penerangan Malaysia dan Rakan Strategik Japen.

Kursus yang diadakan pada 1 dan 2 Oktober 2019 lalu telah diadakan di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dihadiri seramai 34 orang peserta. Antara wakil media yang hadir di dua hari kursus tersebut adalah 2 orang dari TV Alhijrah, 3 orang dari RTM dan seorang dari Utusan Melayu.

Manakala organisasi korporat yang menghantar penyertaan mereka adalah dari Ambank (M) Berhad seramai 2 orang, Kementerian Kesihatan Malaysia 2 orang dan masing-masing seorang dari Hicom Holdings Berhad, Prasarana Malaysia Berhad dan Bank Negara Malaysia.

Manakala peserta dari Jabatan Penerangan Malaysia dan rakan strategik mereka adalah seramai 21 orang.

Kursus ini telah dibimbing oleh penceramah terkenal iaitu Profesor Madya Dr. Jeniri Amir mantan Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching.

Sepanjang bengkel berlangsung, banyak latihan diberi kepada peserta seperti menulis rencana, artikel, sesi soal jawab bersama para peserta serta sesi menemuramah dalam mendapatkan cerita menarik.

Para peserta sangat berpuas hati dengan bimbingan yang diberikan oleh Prof. Madya Dr. Jeniri selaku penceramah dalam bengkel ini dan akan diguna pakai dalam tugasan harian mereka nanti.

1.Antara peserta yang hadir di bengkel memberi perhatian kepada penceramah disesi pertamanya.
2. Penceramah, Prof Madya Dr. Jeniri Amir menekankan betapa pentingnya setiap peserta banyak membaca suratkhabar, buku-buku serta majalah setiap hari sebagai bahan rujukan.
3 & 4. Latihan demi latihan diberikan kepada peserta demi mendapat penulisan rencana yang berkesan.
5 & 6.Sesi persembahan dari setiap kumpulan untuk memastikan objektif tercapai.
7 & 8. Sesi persembahan berseorangan yang disampaikan oleh Cik Reena Kumaran dari Hicom Holdings Berhad (atas) dan Dr. Muhammad Fairuz Abdullah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (bawah) menerangkan tentang teknik yang perlu ada untuk menjadikan sebuah rencana & naratif yang menarik.
9. Penceramah merumuskan keseluruhan modul dan menekankan supaya banyak membaca kerana ia adalah kunci untuk menghasilkan rencana yang baik dan menarik sebelum sesi pada hari kedua berakhir.