TIMBALAN PERDANA MENTERI SAMBUT BAIK CADANGAN PENUBUHAN GALERI KEWARTAWANAN MALAYSIA

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik cadangan penubuhan Galeri Kewartawanan Malaysia ketika kunjungan Malaysian Press Institute (MPI) dan Institut Pengajian Kewartawanan (IJS, UiTM) ke pejabat beliau di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut beliau, sebagai menghargai jasa dan sumbangan wartawan kepada Negara sejak zaman pra kemerdekaan hingga kini amat wajarlah galeri ini ditubuhkan. Galeri penting kepada negara kerana ia mampu memberikan pemahaman kepada generasi baru mengenai pensejarahan awal berkaitan dengan kewartawanan, komunikasi dan negara.

Wakil-wakil MPI yang hadir mengunjungi YAB TPM ialah : YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif; YBhg. Datuk Mustapa Omar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI dan Puan Nuzatul Shima Sulaiman, Pengurus Pembangunan dan Pemasaran manakala dari IJS, wakil-wakilnya ialah En. Mohd. Amirul Akhbar Zulkifli, Pengarah dan En. Ahmad Farami Abdul Karim, Felo.

FOTO-FOTO SEKITAR KUNJUNGAN MPI & IJS DI PEJABAT YAB TPM :

YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI  (tiga dari kanan) menerangkan serba ringkas hasrat dan tujuan mengunjungi  YAB TPM , Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) sambil didengari YBhg. Datuk Mustapa Omar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI (paling kiri), En. Mohd. Amirul Akhbar Zulkifli, Pengarah IJS (paling kanan) dan En. Ahmad Farami Abdul Karim, Felo IJS (dua dari kanan).

YAB TPM , Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ceria membelek ‘pictorial album’ majlis Malam Wartawan Malaysia 2016 di mana beliau adalah tetamu kehormat pada ketika itu disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya sebagai cendera hati daripada MPI.

YAB TPM , Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya ceria berjabat tangan pada akhir  perbincangan.

Gambar kenangan YAB TPM bersama MPI dan IJS  – dari kiri : YBhg. Datuk Mustapa Omar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI; YAB TPM Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya; En. Ahmad Farami Abdul Karim, Felo IJS; En. Mohd. Amirul Akhbar Zulkifli, Pengarah IJS dan Puan Nuzatul Shima Sulaiman, Pengurus Pembangunan dan Pemasaran MPI.

Keratan akhbar KOSMO! pada 7 Februari 2018