Wacana Tokoh bersama Datuk A. Kadir Jasin

Satu lagi wacana (discourse) diperkenalkan oleh MPI baru-baru ini. Dikenali sebagai Wacana Tokoh majlis itu telah diadakan dengan kerjasama Press Forum Asia, dulunya Press Foundation Asia (PFA). Majlis berlangsung pada 18 Oktober 2012 di Royale Bintang Damansara, Petaling Jaya.

Tetamu sulung program itu ialah Datuk A. Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara 2011. Mauduk ceramah beliau ialah Media Massa: Antara Demokrasi dan AnarkiTekan sini untuk Kertas Datuk A. Kadir

120 orang tetamu hadir pada majlis itu. Sebahagian besar mereka ialah ahli-ahli akademik dan para pelajar IPTA dalam bidang kewartawanan, media dan komunikasi. Lima buah universiti telah mengambil bahagian iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Selangor, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya bertindak sebagai moderator. Tekan sini untuk ucapan alu-aluan Datuk Chamil.

1. Datuk Kadir sedang menyampaikan ucapannya

2. Datuk Chamil, moderator wacana.

 3. Sebahagian ahli-ahli akademik yang turut serta.

4. Sebahagian pelajar IPTA yang mengambil bahagian.